berita

Bukan Rokok Je, Larangan Hisap Vape Di Restoran Juga Perlu Dikuatkuasakan. Setuju?

October 16th, 2018 | by Wan
Gaya Hidup

Larangan merokok di semua restoran dan premis makanan termasuk warung yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 diterima baik oleh orang ramai. Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan tempoh hari memberitahu cadangan tersebut sudah pun diluluskan di Parlimen dan menanti untuk dilaksanakan tahun depan.

Artikel Berkaitan: Tak Boleh Merokok Di Semua Premis Makanan, Warung Mulai 1 Januari 2019

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan menyarankan agar vape turut diharamkan di restoran dan premis makanan. Apa kata anda?

Tak tahu kandungan vape

Menerusi laporan Berita Harian, Datuk Nadzim Johan berkata arahan dan penguatkuasaan oleh KKM perlulah menyeluruh. Bukan hanya rokok, larangan vape juga perlu dilakukan.

Tiada siapa tahu sama ada kandungan vape itu mempunyai nikotin atau tidak dan tiada siapa pun akan memeriksa, namun untuk menjadikan peraturan larangan merokok itu berjaya, penguatkuasaan larangan vape juga perlu dilaksanakan.

Arahan dan penguatkuasaan dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) haruslah jelas dan menyeluruh supaya ramai yang bimbang akan disaman.

Larangan merokok di kawasan rawat dan rehat (R&R) juga masih tidak dapat dilaksanakan, maka eloklah arahan itu dijelaskan semula dan menyeluruh.

Ganggu orang sekeliling

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) Dr Zubaidi Ahmad, berkata perbuatan menghisap vape sama seperti merokok tembakau, namun asap dihasilkan dari keduanya berbeza dan memiliki kandungan berbeza.

Pada amnya menghisap vape yang tiada nikotin adalah suatu yang tidak berbahaya berbanding dengan menghisap rokok atau vape yang bernikotin.

Namun asap vape yang banyak juga mengganggu kesihatan terutama sistem pernafasan orang di sekeliling. Malangnya tiada cara yang mudah dan ringkas untuk membezakan vape yang digunakan mengandungi nikotin atau tidak.

Sumber: Berita Harian

Most Read Today