berita

‘Henti Kecam Mama Ziela, Dia Bukan Perampas’ – Anak Tiri Ziela Jalil

January 13th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, kisah perkahwinan penerbit terkenal iaitu Datuk Ziela Jalil yang dikatakan telah berkahwin dengan seorang Datuk mendapat perhatian ramai. Lebih sensasi lagi apabila seorang gadis yang didakwa anak tiri kepada penerbit itu mengakui bahawa Ziela Jalil telah berkahwin dengan ayah kandungnya.

Artikel berkaitan: Ziela Jalil Akhirnya Buka Mulut, Mengaku Dah 2 Tahun Kahwin Dengan ‘Datuk’

Artikel berkaitan: Dihimpit Kontroversi Berkahwin Secara Rahsia, Ziela Jalil Respon Isu Perkahwinan Tular

Terbaru, menerusi laporan Astro Gempak, anak tiri kepada Ziela Jalil iaitu Najwa meminta netizen untuk berhenti melemparkan kata-kata kecaman kepada penerbit berkenaan.

Kami baik-baik saja

Najwa menyifatkan Ziela Jalil bukan seorang perampas seperti mana diperkatakan netizen. Malah, mereka sekeluarga menyayangi Ziela Jalil dan menganggap sebagai ibu kandung sendiri.

Kami baik-baik saja dengan mama Ziela. Kami menyayanginya seperti ibu sendiri. Berhenti bercakap mengenai perampas. Perkahwinan mereka adalah rahmat bagi kami. Ibu saya baik-baik saja dan berhenti menyerang mama kerana dia bukan perampas.

Kami hormat dia

Sementara itu, Najwa menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan dengan dua orang ibu dan mendapat kasih sayang daripada mereka.

Tak salah untuk kita share kasih sayang dengan sekarang ibu tunggal yang banyak memberi semangat dan kasih sayang terhadap our father.

Sumber: Astro Gempak

SKIP THIS AD ×