berita

Hidup Aidil Zafuan Lengkap Dengan Kelahiran Anak Baru

February 13th, 2015 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2015-02-12 at 4.52.18 PM

Mek rasa peminat industri hiburan tanah air pasti dah tahu bahawa Aidil Zafuan dan isterinya, Zarema Zainal sudah menimang cahaya mata sulung mereka beberapa hari lalu.

Tapi, mesti korang semua tak pernah lihat lagi wajah hero baru pemain bolasepak negara ni kan? Haa, semalam, Aidil dan Zarema ada berkongsi foto-foto comel anak mereka tau!

Mek nak beritahu ni, bayi comel ini diberi nama Ayden Zeeyad bin Mohamad Aidil Zafuan. Kalau lihat dari rupa si comel ini, nampak iras ibunya.

Buat Photoshoot Anak

Screen Shot 2015-02-12 at 4.49.44 PM

Wah, memang dah jadi trend kot bila anak lahir je buat photoshoot. Comel nau kami lihat Ayden dengan busana Superman ni.

Hero daddy la katakan. Lebih seronok bila Mek melihat Ayden mengenakan kostum bola sepak. Hihi.

Pelengkap Hidup & Pengubat Rindu

Screen Shot 2015-02-12 at 4.58.11 PM

Kalau korang nak tahu, melalui kapsyen yang ditulis Aidil, dia menyifatkan kelahiran baby Ayden ini sebagai pelengkap hidupnya.

Iyalah, dengan kelahiran cahaya mata sulung hasil perkahwinannya dengan Zarema, maka lengkaplah hidup pasangan ini. Haa, sweet kan? Beruntung Ayden dapat bapa yang penyayang.

Peminat Minta Aidil Jangan Bezakan Anak-Anak

Screen Shot 2015-02-12 at 4.56.23 PM

Hmm, dalam pada itu, ada juga peminat yang tak bersetuju dengan kapsyen yang ditulis Aidil. Maklumlah, peminat jarang melihat Aidil memuat naik foto bersama dua lagi anaknya iaitu Ryan dan Arjuna.

Malah, ada juga yang menasihatkan Aidil supaya tidak membeza-bezakan kasih sayang antara anak-anak.

Screen Shot 2015-02-12 at 10.35.04 PM Screen Shot 2015-02-12 at 10.33.52 PM Screen Shot 2015-02-12 at 10.34.13 PM Screen Shot 2015-02-12 at 10.34.43 PM Namun, Mek pasti sebagai ayah Aidil tak akan pernah membezakan anak-anaknya. Nama pun darah daging. Bak kata pepatah air dicincang takkan putus. Kita sebagai pemerhati, doakanlah yang terbaik untuk mereka semua.

Kredit Foto : Instagram Aidil Zafuan & Zarema Zainal

SKIP THIS AD ×