Penampilan pelakon dan penyanyi Diana Danielle ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk kes hadanah, pada petang Isnin, mencuri perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak-Anak
Hidung baru?
Menerusi rakaman video di TikTok @ohbulanofficial, bentuk wajah Diana didakwa berbeza apabila hidungnya kelihatan agak mancung berbanding sebelum ini.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menyedari dengan perubahan wajah aktres berumur 32 tahun itu. Selain itu, ada juga segelintir yang berseloroh dengan mendakwa pengubahsuaian itu seiring dengan kehidupan baru selepas bercerai dengan aktor, Farid Kamil.
Sementara itu, Diana yang hadir mengenakan jubah serta selendang berona hitam terus berjalan masuk ke dalam mahkamah tanpa memberi sebarang komen kepada petugas media yang turut berada di perkarangan mahkamah.
No komen, dah habis dah pun.
Terdahulu, pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle bercerai talak satu menerusi aplikasi Google Meet pada 10 Ogos lalu.
Farid tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah disebabkan masalah kesihatan susulan dijangkiti Covid-19, baru-baru ini.
Shukran Yusof kemudian memerintahkan Diana menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.
Pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga seorang penerbit.
Diana membuat permohonan cerai di atas talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.
Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Sumber: TikTok