berita

Hidup Dipenuhi Sampah Sarap, Gadis Dedah Housemate Rupanya Hidap Penyakit Hoarding Disorder

July 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Jijik dan pengotor! Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi yang dihadapi seorang gadis ini selepas melihat keadaan bilik rakan serumahnya sangat kotor dan berbau busuk. Lebih mengejutkan apabila melihat banyak sampah-sarap serta sisa makanan di dalam bilik berkenaan.

Kotor!

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter iaitu Ksiezyc26 yang berasal dari Indonesia ini memberitahu dia amat terkejut selepas masuk ke bilik rakan serumahnya. Dia melihat ruangan di dalam bilik berkenaan sangat kotor dan ditimbuni dengan sampah. Kelihatan beg plastik dan botol-botol berteraburan sehingga menutup kesemua ruangan di dalam bilik itu.

Dah larikan diri 2 bulan lalu

Menurut gadis ini, individu berkenaan telah meninggalkan biliknya itu sejak dua bulan yang lalu. Difahamkan, mereka berdua tidak mengenali antara satu sama lain kerana sibuk dengan urusan masing-masing. Tetapi dia tidak menyangka kehidupan rakan serumahnya itu seteruk ini.

Hidap penyakit Hoarding Disorder

Sementara itu, gadis ini mendedahkan bahawa individu terbabit rupa-rupanya mengalami masalah jiwa atau lebih dikenali dengan penyakit Hoarding Disorder. Untuk pengetahuan semua, mereka yang menghidap penyakit ini biasanya akan mengalami kesukaran untuk membuang, menjual atau melepaskan apa-apa barang miliknya walaupun barang tersebut sudah tidak diperlukan lagi. Disebabkan penyakit itulah, bilik individu berkenaan berada dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak terurus.

Dah 2 tahun menyewa

Tambah gadis ini lagi, setelah bertanya kepada akak-akak yang menjaga rumah sewa itu memberitahu individu terbabit sudah menyewa hampir 2 tahun sebelum bernekad untuk melarikan diri.

Bijak orangnya

Difahamkan juga, individu ini berkhidmat sebagai Product and Business Development di salah satu perusahaan terkenal di Jakarta. Selain itu, dia juga pernah menjadi penulis freelance dan guru bahasa Inggeris.

Sumber: Ksiezyc26

SKIP THIS AD ×