berita

‘Susah Kerana Sikap? Betul Ke?’ – Kawasan Flat Kotor Dengan Sampah Sarap, Wanita Kongsi Pengalaman

November 20th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kebersihan kawasan rumah merupakan faktor paling penting untuk mewujudkan suasana tenang dan harmoni. Barulah boleh dikatakan rumahku syurgaku. Malah, kawasan kejiranan yang bersih tanpa longgokan sampah sarap membuktikan ‘mindset’ penduduk yang mendiami kawasan.

Seperti perkongsian Busseroa Abd Jalil di Facebook, dia menceritakan pengalaman berkunjung ke rumah rakan di sebuah flat PPRT di Lembah Klang. Apa yang mengecewakan apabila kawasan bangunan dikotori dengan sampah sarap.

Susah kerana sikap? Betul ke?

(Sekadar gambar hiasan)

Susah kerana sikap?

Betul ke? Entahlah.. tetapi akal saya selalu berkata begitu. Sikap yang menyebabkan seseorang itu hidup susah dan melarat. Bukan takdir. Bukan nasib. Kalau adapun faktor takdir dan nasib cuma dalam sekala yang kecil sahaja. Yang lain semua kerana sikap.

Mengapa bawa topik berat pagi-pagi ni? Sebab jiwa saya marah sejak malam tadi. Akal saya “cannot brain” dan puas mencari logik tetapi tidak ketemu.

Ceritanya lewat malam tadi. Saya dan anak-anak berkunjung ke sebuah rumah flat PPRT di Lembah Klang kerana ada sedikit urusan di situ. Big boss hanya menunggu di dalam kereta kerana ketiadaan parking. Dalam keadaan bumi yang basah kerana hujan yang mencurah-curah, tekak saya loya ketika melangkah menuju ke lif di bangunan tersebut. Sampah-sarap, sisa makanan, sisa rokok dan macam-macam kotoran lagi memenuhi kaki lima bangunan tersebut.

Ini bukan kali pertama saya ke situ. Sudah banyak kali. Sebelum ini lama juga lif rosak. Berbulan-bulan. Maka menapaklah bibik dan anak-anak saya naik ke tingkat 15. Namun sejak beberapa bulan lalu warga flat sudah memperoleh lif yang baru. Cantik, modern dan bersinar-sinar. Tapi itu 3-4 bulan yang lalu. Malam tadi, lif yang bersinar itu sudah kusam, kotor, dipenuhi contengan, sampah berterabur dan sebagainya. Saya pejam mata. Pesan saya kepada anak-anak jangan bersandar di dinding lif. Geli saya melihatnya.

Asap berkepul-kepul di koridor

(Sekadar gambar hiasan)

Sesampai di rumah yang saya kunjungi, hati saya lega. Rumah yang kemas, bersih dan teratur seperti biasa. Sedang saya berbicara itu ini.. tiba-tiba jantung saya bagai mahu gugur. Saya lihat jam. Tepat 12 tengah malam. Bunyi mercun berdentum-dentam sekuat-kuatnya seperti negara dilanda penjajah. Dari dalam rumah saya lihat asap berkepul-kepul di koridor. Bunyi dentuman silih berganti. Terlalu dekat dan terlalu kuat. Saya tanya tuan rumah. Mengapa begini? Jawab tuan rumah, esok raya!

Tak ada siapa yang marah ke bermain mercun sewenang-wenangnya di koridor pada waktu sebegini? Jawab tuan rumah, tak ada siapa yang berani larang… Semua sama. Allah.. saya tergamam.. Tiba-tiba bunyi satu letupan yang kuat disusuli percikan api meletup betul-betul di hadapan pintu rumah. Asap berkepul-kepul. Bau belerang menusuk hidung.

Terbakar ke kasut kita umi? Tanya Aisyah.
Saya menggeleng tanda tidak pasti..
Beberapa minit kemudian saya meminta diri untuk pulang dalam suasana yang masih riuh dengan bunyi letupan. Saya melihat anak-anak saya amat ketakutan. Kami berjalan membelah kepulan asap yang berkepul-kepul.

Sikap menentukan dimana kita berada

(Sekadar gambar hiasan)

Pesan Aisyah yang berjalan di belakang, hati-hati umi. Takut ada mercun yang dibaling dari tingkat atas. Ketika itu sampah sisa mercun bertaburan di sana sini. Lalu hati saya berkata, banyaknya duit yang mereka letupkan dalam hidup mereka yang serba sempit semata-mata untuk berhibur!

Apabila kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan flat tersebut, kami lihat percikan api dan asap berkepul-kepul di koridor flat itu seolah-olah flat sedang terbakar. Kami hanya mampu memandang dalam pandangan yang amat pelik dan luar biasa.

Saya tahu bukan sebab deepavali sahaja mereka hilang akal sebegitu. sebaliknya pasti semua perayaan seperti itu juga. Kerana jika hanya deepavali menyebabkan penduduk flat itu bermain mercun sebegitu gila pasti penduduk yang lain akan mengamuk. Tetapi mengapa mereka diam membisu walaupun mercun berdentum di hadapan pintu rumah mereka sendiri? Jawapannya kerana semuanya 2×5.

Kami terus berbual dan melontarkan pendapat masing-masing tentang insiden mercun itu. Topik paling banyak tentang betapa besarnya RM yang hangus sedangkan hidup mereka di rumah PPRT itu seperti agak susah. Sehinggalah tiba-tiba kereta yang dipandu big boss melalui kawasan perumahan orang have-have. Dummmmm bunyi letupan juga disusuli deraian bunga api di angkasa yang sangat cantik selama beberapa minit. Kemudian sepi. Habis. Tamat.

Konklusinya, Dua-duapun bakar duit. Tetapi sikap berbeza. Dan sikap itulah yang akan menentukan di mana kita berada.

Sumber : Busseroa Abd Jalil

SKIP THIS AD ×