berita

‘Hidup Saya Penuh Dengan Ujian, Biar Saya Seorang Yang Simpan’ – Elyana

February 5th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Penyanyi, Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana pernah mengumumkan dia menghidap penyakit kanser limfoma tahap 4 sewaktu bertanding di dalam sebuah program realiti hiburan tempatan beberapa tahun yang lalu.

Menurut Elyana, dia menghidap penyakit tersebut sejak 8 tahun yang lepas dan sudah berpuluh kali menjalani rawatan chemotherapy. Di Instagram, penyanyi itu berkongsi semula foto dirinya ketika menjalani rawatan tersebut. Pada masa yang sama, dia turut meninggalkan beberapa pesanan buat masyarakat yang menghidap kanser.

Chemotherapy pertama

Menurut Elyana, foto yang dikongsikan tersebut merupakan foto pertamanya menjalani rawatan chemotherapy setelah disahkan menghidap kanser tahap 4. Walaupun sudah berpuluh kali menjalani rawatan tersebut, dia masih mampu memberikan senyuman. Meskipun dilanda ujian yang berat, Elyana memberitahu dia masih mampu tersenyum di hadapan masyarakat dan biarlah kesakitan yang dialami disimpan olehnya snediri.

Mengenai pesanan yang ditinggalkan, Elyana menyeru semua masyarakat supaya memberi sokongan dan mengambil peduli tentang ahli keluarga mahupun kenalan yang menghidap penyakit kanser. Tambahnya, sokongan dan doa orang-orang tersayang yang berada di dekat mampu membuatkan pesakit kanser terus berjuang untuk hidup dan kembali sihat.

Saya dapat rasakan

Rata-rata netizen dan peminat mendoakan Elyana supaya terus berjuang dan kuat. Mereka turut memahami pesanan yang disampaikan dan bersetuju dengan kata-kata yang dikongsikan oleh Elyana.

Sumber: Elyana

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×