Personaliti media sosial, Maryam berkongsi pengalaman ketika mengambil keputusan untuk memakai hijab sejak enam bulan lalu.
Hijab bukan paksaan
Menurut Maryam, sejak memakai hijab, ramai yang tersalah anggap dan menyangka dirinya melakukan perubahan tersebut kerana paksa.
Maryam nak cerita ni semua, pada mulanya family dan kawan kawan Maryam muslim and non muslim ramai ingat tudung ni adalah satu paksaan (forcing) dan tak boleh bebas berpakaian dah. Tapi Maryam pon baru je pakai tudung 6 bulan since January.
Alhamdulillah ramai kawan kawan Maryam even non muslim pon slowly nampak and rasa Hijab ni bukan paksaan dan bukannya tak boleh bebas dalam berpakaian.
Tambah Maryam, persepsi tersebut hilang selepas mereka melihatnya gembira dengan perubahan yang dilakukan.
Bermacam jenis cara kita boleh memakainya. Slowly kita cuba dan Alhamdulilah Maryam happy dapat make them and others followers rasa Hijab ni bukan paksaan. Maryam sayang semua.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga Maryam kekal istiqamah memakai hijab.
Sumber: Maryam