berita

‘Hijab Simbol Wanita Muslim Tidak Mudah Dirangkul’ – Lufya Omar

October 13th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Lufya Omar

Penyanyi Lufya Omar menyatakan pemakaian tudung adalah satu kewajipan yang ditetapkan oleh Allah kepada semua wanita beragama Islam dan bukannya bertujuan untuk kelihatan cantik semata-mata.

Artikel Berkaitan: Netizen Terkejut Ingat Dah Kahwin Dengan Lelaki Arab? Lufya Omar Beri Respon – ‘Pelanduk Dua Serupa’

Artikel Berkaitan: ‘Sarang Tebuan Jangan Dijolok’ – Lufya Omar Terima Permohonan Maaf Julia Farhana Kali Kedua

Bertudung tidak kurangkan kecantikan

Lufya Omar

Menurut Lufya, Allah mewajibkan semua muslimah untuk bertudung kerana beberapa sebab, antaranya mahu meningkatkan martabat wanita beragama Islam.

Cantik pakai tudung ke? Cantik buka tudung? Sebenarnya tak kisah la cantik atau tidak itu tidak penting. Allah suruh, kita buat. Allah suruh wanita berhijab kerana banyak sebab.

Antara hikmahnya, yang pertama meninggikan martabat seorang wanita muslim. Bila kita berhijab lelaki Islam atau non muslim akan hormat dan tidak mudah bersalaman, tidak menyambut kita dengan pelukan dan ciuman.

Mereka akan lebih berhati-hati dan lebih hormat (daripada pengalaman sendiri). Hijab sebagai simbol kita wanita muslim tidak mudah dirangkul/disentuh.

Selain itu, Lufya berkata kecantikan seorang wanita itu hanyalah untuk tontonan para suami dan bukannya kepada umum.

Malah, penyanyi berusia 38 tahun itu berkata sekiranya wanita muslim patuh dengan ajaran Islam, mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.

Kedua, kecantikan wanita muslim hanya untuk tontonan suami. Sang isteri sangat istimewa di mata suami.

Ketiga, tak mudah menjadi bidadari syurga tapi kerana patuhnya kita dengan perintah Allah insya-Allah kita akan bersama-sama dengan Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah, Saidatina Fatimah az-Zahra dan para solehin di syurga Firdaus nanti.

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, menutup aurat tidak sedikit pun akan mengurangkan kecantikan dan keyakinan seseorang.

Mungkin hari ini kita belum sempurna menutup aurat tapi yakinlah dengan menutup aurat tidak sedikit pun akan mengurangi kecantikan dan keyakinan diri jika kita melakukannya kerana Allah.

Semoga kita semua diberikan kekuatan dan Istiqamah dalam mencari cinta Allah.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×