berita

Hijabster : Foto Lufya Bertudung, Anggun Kan?

July 26th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sempena bulan Ramadhan ini, tak salah kiranya kita berkongsi info-info yang menarik seperti selebriti bertudung. Memandangkan 2-3 hari ini kecoh dengan isu-isu selebriti tempatan di Twitter, mari kita lari sekejap ya.

Kali ini, OHBULAN! menerima kiriman e-mail dari seorang peminat yang tertarik dengan Lufya memakai tudung. Apa yang pasti, Lufya memang kelihatan anggun dengan gaya tudung yang dipakainya. Mungkin ada juga pembaca yang masih lagi berfikir-fikir tudung apakah yang sesuai untuk digunakan apabila Hari Raya Aidilfitri menjelang nanti kan?

Maka bolehlah ‘cuci mata’ sedikit dengan melihat beberapa keping foto Lufya memperagakan fesyen-fesyen tudung dari Elfizz Scarves ya.