berita

Hilang 26kg Dalam Masa 7 Bulan, Gadis Ini Kongsi Tips Diet Sihat

February 12th, 2019 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Pengguna Twitter, Shira Mansor kongsi tips kurus yang diamalkan rakan sehingga turun 26kg dalam masa 7 bulan. Jika dilihat dari perbandingan saiz dulu dan sekarang, gadis yang dikenali sebagai Mira ini jelas kelihatan semakin kurus dan comel.

Yang paling penting tips yang diamalkan adalah sihat tanpa menggunakan sebarang pil!

Dulu comey bambam

Turun 26kg dalam masa 7 bulan

Menerusi entri di Instagram Story, gadis ini kongsi 11 tips diet sihat sehingga turun 26kg. Antara yang diamalkan adalah mengelak pengambilan nasi, mee dan pasta. Dia hanya mengambil roti wholemeal.

Sarapan pagi pula dia hanya mengambil segelas susu atau oats. Waktu makan tengah hari dan malam pula, dia mengambil lauk protein dan sayur-sayuran. Yang penting, kurangkan makanan berminyak.

Selain itu, elakkan makan kerepek kerana kandungan garam yang sangat tinggi. Snek yang dibenarkan hanya buah-buahan, kekacang dan biskut Jacobs. Jangan lupa minum greentea sehari atau dua hari sekali.

Jangan minum air manis, jaga kalori

Tambahnya lagi, elakkan pengambilan gula dalam pemakanan seharian. No air manis! Kuantiti kalori juga harus dikira sesuai dengan kadar yang diperlukan.

Dia juga mengamalkan minum air putih sebelum dan selepas makan untuk elakkan overeating. Selain bersenam 4-5 kali seminggu, dia turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu ‘seronok’ makan pada hari cheat day.

Ubah mindset

Katanya lagi, mindset perlu diubah dan semangat untuk kurus harus sentiasa ada. Jangan sesekali bandingkan perubahan orang lain dengan diri sendiri kerana badan tidak sama. InsyaAllah boleh!

Sumber : Shira Mansor

The following two tabs change content below.