berita

‘Hilang’ Hampir 3 Bulan, Akhirnya Jack Ma Muncul Dalam Video 50 Saat & Tinggalkan Pesanan Ini

January 21st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, media melaporkan pengasas Alibaba dari China iaitu Jack Ma ‘hilang’ dan tidak munculkan diri di khalayak ramai. Kehilangan billionaire China itu bagaimanapun menjadi tanda tanya selepas Jack Ma didakwa mengeluarkan kenyataan kontroversi mengkritik sistem kewangan negara terbabit.

Artikel berkaitan: Mana Jack Ma? Dilaporkan 2 Bulan Hilang Selepas…

Terbaru, Jack Ma dikatakan muncul menerusi satu video yang dimuatnaik di media sosial. Dia juga dilihat meninggalkan pesanan ringkas kepada orang ramai.

Viral video 50 saat di media sosial

Memetik laporan The Star, pengasas Alibaba iaitu Jack Ma membuat penampilan pertamanya selepas lama menyepi dari khalayak ramai sejak bulan Oktober 2020 lagi. Dia mula menghilang sejak ketiadaannya sebagai salah seorang hakim di dalam sebuah rancangan miliknya iaitu Africa’s Business Heroes.

Menerusi sebuah video yang viral berdurasi 50 saat itu memaparkan Jack Ma berada di satu ruangan dengan dinding berwarna kelabu dan lukisan di belakangnya. Bagaimanapun, masih menjadi tanda tanya dimanakah keberadaan Jack Ma itu?

‘Hilang’ hampir 3 bulan

Menerusi laporan South China Morning Post, sebuah video yang telah dialih bahasa itu mengatakan Jack Ma telah berjanji untuk berjumpa dengan pendidik di kawasan pedalaman di Sanya, China pada hari sambutan festival Laba. Namun bagaimanapun, dia tampil memohon maaf kerana gagal berbuat demikian bagi tahun ini dan melihat keadaan di mana dunia sedang menghadapi pandemik.

We meet a promise to meet every year on the day of traditional Laba festival. For the past five years, we’ve held a prize-giving ceremony on this day in Sanya, China to thanks and give respect to teachers. Due to the coronavirus pandemic, we could not meet in Sanya this year. But our promise holds, our respect for teachers has never changed. Although all of us are spread across the country, we are connected online through video. We express our gratitude to the 100 teachers who received the awards and to the rest of the 2.9 million rural teachers in China.

When the pandemic is over, we surely will find the opportunity to finish the journey in Sanya. We shall meet when that day comes.

Di akhir ucapannya kepada para pendidik itu, Jack Ma berjanji akan mencari peluang untuk bertemu dengan semua para guru di Sanya setelah pandemik Covid-19 ini tamat. Dia juga mengharapkan supaya impian dan janji tersebut direalisasikan suatu hari nanti.

Sumber: BNO News, South China Morning Post, The Star

SKIP THIS AD ×