Siapa tidak kenal dengan pengasas Alibaba dari China iaitu Jack Ma yang merupakan salah seorang individu yang terpengaruh di dunia. Dia juga merupakan seorang bilionair yang memiliki aset kira-kira 48.2 Billion dan tersenarai dalam kedudukan 20 oleh Forbes pada Julai 2020.
Terbaru, jutawan China itu dilaporkan ‘ghaib’ selama dua bulan apabila gagal muncul dalam sebuah rancangan realiti televisyen miliknya iaitu Africa’s Business Heroes pada episod akhir. Kehilangan Jack Ma masih lagi menjadi tanda tanya ramai terutamanya pihak berkuasa China yang masih memburu dia.
Kritik sistem kewangan China
Memetik laporan CNBC Indonesia, baru-baru ini Jack Ma dilaporkan hilang setelah lebih dua bulan dia tidak kelihatan dan muncul di khalayak ramai. Bilionair China itu juga masih dalam pemantauan kerajaan China selepas difahamkan dia mengkritik sistem kewangan China kerana didakwa ketinggalan zaman dan menyamakan bank sebagai ‘kedai pajak gadai’, perkara tersebut menyebabkan dia disaman.
Kenyataan kontroversi itu telah dikeluarkan pada 24 Oktober 2020 di Shanghai. Pemerintah China berang dan menganggap kenyataan Jack Ma itu sebagai serangan terhadap parti komunis dan dikatakan menyekat inovasi.
China siasat anti monopoli Alibaba
Pada bulan Disember 2020 lalu, pihak berkuasa di China memulakan siasatan anti monopoli terhadap Alibaba dengan tekanan lebih tinggi terhadap gergasi E-dagang itu dan menyebbakan harga sahamnya jatuh. Disebabkan itu, dia juga kehilangan status sebagai lelaki yang terkaya di China.
Selain itu, Jack Ma gagal untuk muncul di dalam rancangan Africa’s Business Heroes bagi episod yang terakhir. Sepatutnya Jack Ma menjadi ‘hakim’ di dalam rancangan tersebut terpaksa digantikan dengan seorang eksekutif Alibaba pada November tahun lalu. Susulan itu, juru cakap Alibaba berkata Jack Ma gagal hadir disebabkan oleh pertindihan jadual. Bagaimanapun, kehilangan Jack Ma selama dua bulan itu terus menjadi tanda tanya.
Kritikan terhadap sistem kewangan China
Dalam ucapannya terdahulu, Jack Ma mengkritik sistem kewangan di China yang bersifat tradisional sekaligus berpendapat perlu diwujudkan sistem baharu yang mesra golongan muda.
The problem in China is opposite, it is not the problem of systemic financial risk, because China’s financial sector basically doesn’t have a system. Its risk is actually a ‘lack of financial system’. China’s financial sector, like other developing countries that have grown up, is a young industry that does not have a mature ecosystem and is not fully moving.
Jack Ma mula dilihat mengeluarkan kenyataan itu pada minit ke 2:58 dengan mendakwa sistem kewangan di China berbeza dengan Barat atau di negara-negara Eropah. Dia turut mengatakan sektor kewangan China tiada sistem yang teratur dan masih dianggap tradisional.
Sumber: CNBC Indonesia, tvOnenews, the body language guys