Seorang lelaki di Hathras ditahan selepas didakwa mencekik seorang wanita warga emas sehingga maut, dipercayai kerana berang dengan desakan untuk berkahwin.

Artikel Berkaitan: ‘Zulfarhan: 19 Lawan 1’, Fail Mahkamah Bakal Siar Dokumentari Sulung Kes Jenayah Tragis Gemparkan Negara

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Terkenal Nak Bantu Kes Bayi Dibekukan, Pertikai Hospital Tahan Ibu Mangsa 16 Hari – ‘Itu Satu Bentuk Elemen Jenayah’

Bantu uruskan perkahwinan anak perempuan mangsa

Sekadar Gambar Hiasan (Qazinform)

Memetik laporan Hindustan Times, pihak polis memaklumkan mayat wanita tersebut yang dikenali sebagai Joshina, 60, ditemui di tepi jalan berhampiran dengan persimpangan tiga Nagla Bhus, di kawasan Chandpa, daerah Hathras, Uttar Pradesh pada 14 November lalu.

Hasil penelitian rakamakan daripada lebih kurang 1,000 kamera litar tertutup (CCTV) di lima daerah, pihak polis akhirnya berjaya mengesan dan menahan suspek, Imran, 45, yang juga merupakan penduduk Tajganj di Agra.

Difahamkan, pihak polis turut menemui telefon milik mangsa bersama suspek.

Menurut Supertenden Polis, Chiranjeev Nath Sinha, suspek sebelum ini pernah membantu dalam menguruskan perkahwinan anak perempuan mangsa, iaitu Mumtaz bersama Sattar.

Kedua-dua mereka menjadi rapat dan sering bertemu kerana keluarga mentua suspek tinggal berhampiran kediaman mangsa di Bengal Barat.

Beberapa hari sebelum kejadian, mangsa tiba dari Kolkata pada 10 November untuk menghadiri majlis perkahwinan cucunya. Ketika melawat kediaman suspek, dia didakwa beberapa kali mengajak serta mendesak suspek supaya berkahwin dengannya.

Namun, suspek menolak permintaan itu kerana dia sudah mempunyai isteri dan anak.

Ketika disoal siasat, suspek memberitahu polis bahawa pada 13 November, dia keluar bersama mangsa dengan alasan mahu menghantarnya pulang ke Kolkata.

Mereka menaiki bas menuju Agra dan kemudian turun di persimpangan Nagla Bhus di Hathras.

Menurut polis, suspek mengaku mencekik mangsa di lokasi itu sebelum mengoyak pakaian wanita itu seolah-olah mahu

Sumber: Hindustan Times