Selepas kekasih hatinya, aktor Dini Schatzmann dimasukkan ke hospital minggu lalu, kali ini pelakon dan pengacara Janna Nick pula sejak hari Sabtu.
Artikel Berkaitan: Selepas Jadi Juruvideo & Penata Rias Kekasih Di ABPBH34, Dini Schatzmann ‘Tumbang’ – ‘Dah Dua Minggu Demam ‘On Off’
Empat hari hilang selera makan
Menurut Janna, 26, dia dimasukkan ke hospital selepas hilang selera makanan, muntah berterusan sehinggakan tidak mampu untuk berdiri lama. Kata pemilik nama Nurul Jannah Munir, doktor mengesahkan dirinya menghidap vertigo.
Sudah empat hari saya tak boleh makan, muntah berterusan, tak boleh berdiri dan tak boleh imbang badan dengan betul.
Bila berdiri lama sikit saja rasa nak pitam, kepala rasa sakit dan tak selesa. Rasa seperti di awan-awangan.
Tunggu keputusan MRI
Tambah Bintang Paling Popular ABPBH34, doktor sudah pun memberinya sejenis ubat tahan sakit bagi mengelakkan dirinya daripada terus muntah dan mengembalikan selera makan.
Sekarang ini doktor dah check (periksa) dan bagi saya ubat yang sesuai dengan apa yang saya hadapi. Tadi pun dah selesai buat ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), jadi masih tunggu keputusan.
Bila saya boleh keluar dari wad itu belum tahu lagi. Sebab doktor masih pantau dan beritahu saya perlukan rehat secukupnya.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, pelakon drama Marry Me Senorita itu ada memuat naik fotonya berada di sebuah hospital sambil menikmati hidangan sarapan pagi.
Selamat pagi. Saya baik tiada apa-apa perlu dirisaukan. Tirus kan muka? makan muntah, makan muntah. Itulah korang selalu kata saya gemuk sangat.
Usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan daripada Janna sendiri gagal apabila kiriman mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp tidak dibalas.
Sumber: Kosmo, Instagram @jannanick