Malam Sabtu adalah hari paling bahagia buat selebriti versatil Janna Nick selepas dijulang sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-34. Kejayaan itu juga dikongsi bersama kekasih hatinya, Dini Schatzmann yang menemaninya selain bertindak sebagai juruvideo dan penata rias, kelmarin.
Artikel Berkaitan: Pakai Topeng Ala-Ala Squid Game Di ABPBH 34, Netizen Cakap Janna Nick Nampak Berisi – ‘Mungkin Effect Make Up’
Artikel Berkaitan: Hampir Diserang ‘Panic Attack’, Janna Nick Anggap Kemenangan Di ABPBH34 Hadiah Daripada Peminat – ‘Saya Mahu Undur Diri & Kerja Belakang Tabir’
Demam panas & ada jangkitan kuman
Di saat sedang meraikan kejayaan, Dini, 27, dimasukkan ke pusat perubatan semalam (Ahad) selepas mengalami demam panas dan jangkitan kuman.
Ketika dihubungi OhBulan!, Janna menyatakan teman lelakinya itu mula berasa tidak sihat sejak dua minggu lalu.
Dini memang dah lama demam ‘on off’, sejak dua minggu lagi. Dia banyak penggambaran outdoor, mungkin sebab cuaca dia jatuh sakit. Bila makan ubat dia okey tapi bila habis ubat dia sakit balik.
Itu yang hari ini (Ahad) dia pergi hospital untuk dapatkan rawatan dan doktor dapati ada jangkitan baketria. Doktor bagi ubat drip dan alhamdulillah keadaan dia baik.
Kesian baby
Sebelum ini, menerusi satu hantaran di Instagram (IG), pemilik nama Nurul Jannah Munir berkongsi foto memegang tangan kekasihnya di hospital.
Pada malam ABPBH34, penampilan pasangan dua sejoli ini berjalan di karpet merah meraih perhatian netizen apabila masing-masing memakai topeng penuh.
Janna tampil dengan busana sekuin rona perak manakala Dini menggayakan sut rona hitam dengan topeng memaparkan angka enam.
Rata-rata pengguna Twitter melabelkan pasangan itu sebagai Kim K dan Squid Game versi Malaysia. Bagaimanapun, ada juga segelintir yang berpendapat pemenang trofi Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular itu kelihatan berisi dengan wajahnya seakan ‘bengkak’.
Sumber: Instagram @jannanick