berita

Hilangkan Kedutan Muka Dengan Infinity KOSE

September 20th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Kulit muka yang lembut, tegang dan licin seperti kulit yang baru lahir menjadi idaman setiap wanita. Tambahan pula apabila sudah mencapai tahap kulit dewasa. Pasti ianya memberikan sejuta kebimbangan kepada wanita dalam memperolehi kulit wajah yang sempurna. Kini, Ohbulan membawakan satu siri produk penjagaan kulit muka iaitu Infinity KOSE yang dihasilkan khas bagi membasmi masalah penuaan disekeliling mata, mulut malah keseluruhan wajah.

 INFINITY KOSÉ Lotion Prestigious

Penjagaan klinikal losyen ibarat serum yang dirumus khas daripada intipati berkualiti tinggi dengan teknologi cecair kristal Emulsion yang mampu memberikan kelembapan dan kelicinan pada kulit wajah.

Penghasilan losyen daripada formula inovatif ini juga mampu siap sedia meresap ke dalam kulit apabila diaplikasikan pada wajah, menghidrat kulit muka dan mengukuhkan kulit wajah dengan tempoh kelembapan yang lama.

Selain itu, penggunaan losyen ini mampu kembali menegangkan kulit muka dari dalam dengan aroma wangian yang mampu memberikan aura santai kepada pengguna. Hasil simbahan losyen ini, ianya mampu memberikan wanita matang tersenyum luas dan berkeyakinan pada setiap masa.

INFINITY KOSÉ Serum Prestigious

Mencipta kulit dimensi dengan penggunaan serum terbaik yang dihasilkan daripada bahan-bahan kecantikan yang eksklusif dimana ianya juga mampu memberikan kelembapan dengan segera dan menghasilkan kulit dimensi.

Pengaplikasian serum ini bukan sahaja mampu menambah kelembapan dan membuatkan tekstur kulit kelihatan lebih licin malah ianya juga mampu memberikan kulit wajah bersinar seolah-olah terpancar dari dalam disamping dapat membasmi masalah kedutan dan penuaan.

Selain itu, serum ini juga mampu merawat kulit muka yang kerosakan akibat daripada sinaran UV. Hasil penggunaan serum ini, wanita matang akan tampak lebih muda dimana serum ini juga mampu mengetatkan dan menegangkan wajah anda.

INFINITY KOSÉ Cream Prestigious

Sesuai dengan konsep “seperti kulit yang baru lahir”, produk ini memberikan seribu satu manfaat dimana ianya mampu memberikan keselesaan yang tinggi kerana krim tersebut aktif terhadap pendekatan kulit yang kompleks akibat daripada penuaan dari sinaran UV.

Selain bahan-bahan kecantikannya dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan, krim ini juga mengandungi jumlah Biomembrane bagi mengukuhkan kulit wajah untuk tampak lebih muda dimana ianya juga menghalang daripada berlakunya kekeringan dan masalah kulit bagi mewujudkan keanjalan kulit untuk tampil lebih feminin.

Dihasilkan khas daripada bahan-bahan istimewa, krim ini juga mampu membantu si pemakai dalam menyempurnakan kulit wajah untuk tampil lebih menawan.

SKIP THIS AD ×