berita

Hishammuddin Hussein Minta Rakyat Terkandas Di India Tenang, Nafi Sekatan Keputusan Kerajaan Malaysia

March 18th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ambil maklum berikutan puluhan rakyat Malaysia dikatakan terkandas di lapangan terbang Trichy, Tamil Nadu, India. Di dalam video viral, mereka dilihat membuat bantahan di pintu masuk lapangan terbang selepas syarikat penerbangan menggantung penerbangan ke Kuala Lumpur.

Menerusi satu kenyataan media, Hishammuddin berharap mereka yang terkandas tenang kerana Wisma Putra sedang mencari jalan untuk membantu rakyat Malaysia pulang ke tanah air.

Terkandas di lapangan terbang

Difahamkan rakyat Malaysia yang terkandas di India sejak 13 Mac lalu tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan penguatkuasa. Mereka yang sepatutnya pulang terpaksa menunggu di lapangan terbang selepas penerbangan dibatalkan. Di dalam video berdurasi 0:45 saat yang dimuatnaik Selwam Arjunan, pegawai memberitahu pihaknya tidak tahu mengenai pembatalan kerana keputusan diambil oleh kerajaan Malaysia.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein walaubagaimanapun memberitahu rakyat Malaysia sememangnya dibenarkan pulang cuma perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sebaik sahaja tiba. Beliau sekaligus menafikan dakwaan keputusan sekatan pulang adalah keputusan kerajaan Malaysia.

Rakyat kita dibenar pulang ke tanah air

Saya ambil maklum ramai rakyat Malaysia terkandas dan hadapi masalah untuk dapatkan penerbangan pulang dari India susulan keputusan Kerajaan India berkaitan #Covid19. Sebuah video yang tular di Media Sosial menunjukkan seorang pegawai daripada pihak berkuasa India mengatakan ini keputusan Kerajaan Malaysia adalah tidak benar. Di bawah #PerintahKawalanPergerakan, sememangnya rakyat kita dibenar pulang ke tanah air. Mereka hanya dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari selepas pulang.

Diharapkan mereka yang terkandas bertenang. Walaupun, ini di luar bidang kuasa kita kerana perlu bergantung kepada budi bicara Kerajaan luar untuk memberi kebenaran kepada rakyat kita pulang, Wisma Putra akan bantu yang terdaya. Kita telah berhubung dengan Perwakilan Malaysia di sana. Taskforce #Covid19 Wisma Putra juga sedang meneliti usaha yang boleh membantu untuk mencari penyelesaian bagi mereka yang ingin pulang ke Malaysia.

Kepimpinan tertinggi Malaysian Indian Congress (MIC) juga telah menghubungi saya dan berikrar untuk bantu secara langsung – insyaAllah ada jalan penyelesaian.

Kepada rakyat di sana, sila hubungi nombor/emel di bawah :-

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi
No telefon : +91 11 2415 9300
Email : [email protected]

Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai
No telefon : (91 44)2433 4434/35/36
Email : [email protected]

Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai
No telefon : 00 9122 2645 5751/52/55
Email : [email protected]

Sumber : Hishammuddin Hussein

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×