
Sesi penyerahan sijil pengiktirafan ASEAN Records dan ASIA Records berlangsung pada Isnin di Studio Hot FM dalam satu majlis rasmi.
Artikel Berkaitan: Haniff Hamzah Sertai Hot FM, Bergandingan Bersama Fizi Ali Menerusi Segmen ‘Hot Vibe Club’
Artikel Berkaitan: Hot FM Catat Rekod Asean, Siaran Langsung Radio Terdalam Di Laut Terbuka
Pembaharuan industri penyiaran radio

Majlis ini menjadi detik penting buat Hot FM yang melambangkan pencapaian serta pengiktirafan terhadap keberanian mereka dalam membawa pembaharuan kepada industri penyiaran radio.
Selain itu, ia turut menggambarkan kesungguhan Hot FM untuk terus menghasilkan kandungan yang lebih segar, unik dan berani mencabar kebiasaan industri.
Selaras dengan slogan ‘Kalau Biasa, Bukan Kita’, Hot FM kekal komited untuk memperkenalkan idea-idea kreatif yang memberi impak besar agar jenama ini terus relevan serta dekat di hati pendengar.
Menurut Raja Khairil selaku Ketua Kandungan Kanan Hot FM, menjelaskan bahawa pencapaian ini bukan sekadar kandungan biasa.
Sebaliknya merupakan bukti keberanian pasukan dalam meneroka batas baharu penyiaran radio.
Bekpes Hot Skuba bukan sekadar content, tetapi satu manifestasi keberanian kami untuk menolak sempadan penyiaran radio ke tahap yang belum pernah diterokai.
Dari perancangan teknikal hingga ke pelaksanaan di dasar laut, setiap detik membuktikan dedikasi dan semangat pasukan dalam mencipta pengalaman yang luar biasa buat pendengar.
Pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk kami terus tampil dengan idea-idea yang lebih segar dan berani pada masa akan datang.
Kebanggaan besar

Dalam pada itu, Gillian Ooi, Pengarah Urusan dan Ketua Juri ASIA Records, pula menyatakan bahawa pencapaian ini amat signifikan kerana dilaksanakan dalam keadaan laut terbuka yang sebenar.
Apa yang menjadikan pencapaian ini benar-benar istimewa ialah persekitaran di mana ia dilaksanakan.
Rekod-rekod sedia ada untuk siaran radio langsung bawah air, termasuk di Dubai dan Australia, dilakukan dalam persekitaran akuarium yang terkawal.
Bekpes Hot melakukan sesuatu yang berbeza dari segi kategori, siaran langsung di laut terbuka, berhadapan dengan arus sebenar, faktor visibiliti semula jadi, dan cabaran keselamatan yang nyata, pada kedalaman 10.2 meter.
Apabila kami menilai pencapaian ini untuk pengiktirafan peringkat Asia, perbezaan itulah yang menjadi penentu.
Dalam kategori siaran radio langsung oleh DJs di laut terbuka, pencapaian ini masih belum tertandingi di seluruh Asia.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Juri ASIA Records, iaitu Eldrick Koh, menyifatkan kenaikan taraf pengiktirafan daripada peringkat ASEAN ke Asia sebagai satu kebanggaan besar.
Ini adalah satu kebanggaan menyaksikan pencapaian Hot FM dinaik taraf daripada pengiktirafan ASEAN kepada peringkat Asia.
Peningkatan ini bukan sekadar mencerminkan skala apa yang telah dicapai oleh pasukan Bekpes Hot, tetapi turut merakamkan kepentingan sebuah mercu tanda yang kini berdiri di pentas benua.
Hot FM telah menetapkan penanda aras yang akan dijadikan ukuran oleh seluruh Asia, dan itulah tepat sekali semangat yang ASIA Records ditubuhkan untuk raikan.








