berita

‘Hubungan Kami Okay Sahaja’ – Johan As’ari Tangguh Kahwin Dengan ‘Miss N’ Sebab Masalah Peribadi

October 26th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Johan As'ari Tangguh Majlis Kahwin

Pelakon, Johan As’ari mendedahkan majlis perkahwinannya bersama wanita yang dikenali sebagai Miss N yang dijadualkan berlangsung pada Disember ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab peribadi.

Artikel Berkaitan: Johan Asa’ari Bakal Nikahi Petani Berstatus Doktor -‘Dia Mempunyai PhD Universiti Di London’

Tetap berlapang dada

Johan As'ari Tangguh Majlis Kahwin

Memetik laporan Harian Metro, Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari mendedahkan dirinya tetap berlapang dada dengan situasi itu di samping memohon maaf kerana pernah menguar-uarkan mengenai majlisnya kepada media sebelum ini.

Sebenarnya ada beberapa hal yang menyebabkan kami tidak dapat meneruskan majlis pernikahan ini dan terpaksa tunda ke awal tahun depan.

Selain dewan kahwin yang penuh, ada beberapa perkara lain yang saya tak dapat nak kongsikan walaupun segala persiapan sudah mula dibuat.

Doakan semoga saya cepat kahwin. Hubungan kami okey saja tiada masalah. Cuma saya mohon maaf kerana sebelum ini saya pernah hebahkan akan berkahwin tahun ini tapi saya hanya mampu merancang, Allah yang tentukan.

Dalam pada itu, Johan memaklumkan bahawa dia pasti akan berkongsi kepada orang ramai sekiranya sudah menemui tarikh rasmi bagi majlis perkahwinannya.

Perkahwinan bukan untuk dirahsiakan. Jadi saya akan beritahu kepada peminat dan rakan media yang sudi untuk datang ke majlis kami nanti. Saya tidak akan sorok.

Begitu juga dengan wajah kekasih selepas kami berkahwin nanti. Saya akan kerap kongsikan wajahnya dengan lebih kerap nanti.

Tambah pelakon filem ‘Mat Kilau’ itu lagi, dia lebih memilih untuk tidak berkongsi wajah kekasih hatinya itu demi menjaga privasi mereka dalam perhubungan.

Walaupun saya yakin dia bakal menjadi suri hati saya, tapi dalam masa sama saya takut untuk tonjolkan selagi dia belum sah bergelar isteri.

Lagipun pengalaman mendewasakan saya. Menerusi perhubungan sebelum ini saya terlalu teruja berkongsi, sehingga akhirnya berasa malu kerana hubungan itu berakhir dengan perpisahan.

Satu lagi saya lebih nak menjaga hati dan privasi pasangan. Sebab itulah saya jarang kongsi wajahnya.

Terdahulu, Johan secara terbuka berkongsi kepada pihak media mengenai hubungan percintaannya bersama wanita yang dikenali sebagai Miss N beberapa bulan yang lalu.

Menurut pelakon berusia 36 tahun itu, mereka merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada hujung tahun ini.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×