berita

Hubungan Saya Dengan Bapa Sudah Baik – Najwa Latiff

February 20th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Najwa LatiffLega rasanya bila terdengar berita baik ini. Najwa Latiff menerusi sebuah portal hiburan memberitahu bahawa kini hubungannya bersama bapa sudah pun kembali pulih dan menganggap apa yang berlaku sebelum ini hanyalah dugaan hidup.

“Alhamdulilah, hubungan saya serta ahli keluarganya yang lain dengan bapa sudah pun baik dan mereka juga sangat supportive terhadap kerjaya nyanyian saya.

“Saya anggap apa yang berlaku adalah dugaan dalam hidup saya yang telah menerima nikmat hidup yang senang lebih awal berbanding orang atau rakan lain yang sebaya dengan saya,” dipetik dari Murai.

Sebelum ini, kecoh didada-dada akhbar apabila bapa Najwa Latiff menyuarakan rasa kesalnya serta menuduh Najwa sebagai anak derhaka dan menuntut penyanyi ini meminta maaf kepadanya dalam sebuah laporan akhbar. Kontroversi ini sedikit sebanyak mengganggu perjalanan karier Najwa dan gadis berusia 17 tahun ini bagaimanapun tabah menghadapi tohmahan yang diberikan.

“Kontroversi itu masalah peribadi saya, saya bersyukur kerana orang di luar sana memahami situasi saya dan ia sedikit pun tidak menjejaskan kerjaya saya.

“Malah, Alhamdulilah saya semakin banyak menerima tawaran menyanyi, lebih-lebih lagi selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) akhir tahun lepas.”

Baguslah kalau begitu. Selepas ini mungkin Najwa boleh tampil dengan single baru yang lebih mantap untuk para peminat diluar sana.