berita

Hujan Lebat & Terpaksa Tukar Adegan, Pengarah Dedah Cabaran Penggambaran Mat Kola

September 22nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pengarah filem Mat Kola, Hafiz Nafiah meluahkan rasa syukur diberi peluang mengarahkan filem pertamanya, Mat Kola yang telah pun ditayangkan di pawagam tempatan bermula 21 September 2023.

Artikel Berkaitan: 20 Tahun Menanti! Impian Hafiz Nafiah Nak Jadi Pengarah Akhirnya Tercapai, ‘Mat Kola’ Bakal Ditayangkan 21 September Ini!

Cuaca tak menentu, pelakon beri kerjasama

Ketika ditemui OhBulan!, Hafiz Nafiah mendedahkan berdepan cabaran cuaca hujan lebat sepanjang penggambaran filem Mat Kola di Kedah.

Baru nak ‘shoot’ hujan turun dengan lebatnya hingga kami terpaksa tukar ‘screen play’. Contohnya, terpaksa tukar babak Che Som pakai payung untuk disesuaikan dengan keadaan cuaca ketika itu.

Dalam pada itu, Hafiz menyifatkan barisan pelakon Mat Kola sangat profesional dan memberikan kerjasama terbaik di lokasi penggambaran.

Rata-rata pelakon dari Kedah dan mereka tiada masalah untuk dialek utara serta semuanya kelakar.

Hafiz yang juga merangkap Penerbit Penyelaras meluahkan rasa syukur kerana urusan sepanjang penggambaran dipermudahkan Allah SWT. Tambah Hafiz lagi, dia juga sudah berusaha sebaik mungkin untuk mengawal bajet sedia ada untuk menjayakan filem bergenre komedi tersebut.

Saya tak nak letak sasaran kutipan kerana kita sudah usaha yang terbaik kerana ini filem pertama saya dan selebihnya saya serahkan pada Tuhan.

Filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Rozita Che Wan (Che Som) Ropie (Pak Sheikh), Putri Hanan (Maliah), Fendi London (Bang Lah), Mohd Hafeezul Yop (Joe Klipop), Abang Gee (Abang Gee), Zainon Ismail (Bang Non), Suhaili Che Rus (Zali),Cikgu Akop (Pak Hashim) dan Pak Abang (Badrul).

SKIP THIS AD ×