
Solat Jumaat ialah solat fardu dua rakaat yang dilakukan oleh lelaki Muslim pada hari Jumaat, menggantikan solat Zohor. Ia dikerjakan secara berjemaah di masjid dan disertai dengan khutbah Jumaat sebelum solat.
Artikel Berkaitan: Islam Saran Bakal Jenazah Perlu Sediakan Kain Kafan Di Rumah, Simpan Wasiat Di Tempat Mudah Akses Untuk Keluarga
Artikel Berkaitan: Wanita Haid Masih Boleh Membaca Al-Quran, Elak Risiko Terlupa Hafalan Hafazan
Kesedaran rohani

Solat Jumaat memiliki keistimewaan tersendiri kerana ia digabungkan bersama bacaan khutbah yang menjadi medium dalam menyampaikan ilmu agama, nasihat dan peringatan kepada umat Islam.
Kewajipan solat Jumaat menunjukkan bahawa ibadah ini bukan sekadar amalan biasa, tetapi memainkan peranan penting dalam membentuk kesedaran rohani seorang Muslim.
Dengan menghadiri solat Jumaat, seseorang itu dapat memperkukuhkan lagi ukhuwah persaudaraan sesama umat Islam kerana ia dilakukan secara berjemaah.
Selain itu, ianya turut membantu mengekalkan disiplin dalam ibadah dan kehidupan seharian seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dan ulama lain, meninggalkan solat Jumaat tanpa uzur yang diiktiraf syarak tergolong sebagai dosa besar.
Ramai yang masih keliru tentang hukum meninggalkan solat Jumaat, sehingga ada yang beranggapan bahawa tidak mengapa jika ia ditinggalkan sekali atau dua kali.
Hakikatnya, sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa uzur termasuk dalam golongan al-ghafilin, iaitu mereka yang lalai dan alpa daripada mengingati Allah.
Tanggungjawab majikan & pekerja

Dalam situasi ketika bekerja, apabila jadual syif menyukarkan untuk menunaikan solat Jumaat, tanggungjawab terletak pada kedua-dua pihak, iaitu majikan dan pekerja Muslim itu sendiri.
Jika majikan bukan Islam, pekerja seharusnya berunding agar diberikan waktu khusus untuk solat Jumaat dan merancang keluar masuk tempat kerja supaya tidak melebihi masa yang dibenarkan.
Bagi majikan Muslim pula, adalah wajib memastikan pekerja diberi peluang menunaikan solat Jumaat, termasuk menyesuaikan jadual syif supaya tidak menghalang kewajipan ini.
Sekiranya tiada masjid yang berhampiran, pekerja boleh mengusahakan solat Jumaat di tempat kerja dengan memenuhi syarat sah solat Jumaat seperti bilangan lelaki mencukupi dipenuhi (40 orang lelaki).
Sumber: Abu Anas Madani







![[VIDEO] Khairul Aming Bagi ‘Tips’ Kurus, Mohon Jangan Stres ‘Cut’ Makan – ‘Ambil Yang Kita Boleh Konsisten’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/KA-25.jpg)
