Agama Islam menyarakan manusia untuk membuat persiapan menghadapi kehidupan akhir dengan penuh kesedaran bahawa ajal, jodoh dan rezeki sudah ditetapkan Allah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Situasi Yang Dibenarkan Untuk Isteri Lari Dari Rumah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Normalisasikan Memberi Hadiah Patung, Ianya Dosa Besar’ – PU Salman

Ikut syariat Islam

Pengukuhan ibadah dan amal kebaikan sahaja tidak mencukupi kerana aspek praktikal di rumah juga perlu diberi perhatian bagi memudahkan urusan selepas kematian.

Ini termasuk dalam memastikan kelengkapan untuk mandi dan kafan jenazah tersedia serta dokumen penting tersusun rapi supaya segala urusan dapat dijalankan dengan lancar mengikut syariat Islam.

Al-Quran merupakan panduan utama dalam kehidupan seorang Muslim, manakala membaca surah Yasin untuk orang yang telah meninggal dunia memberi ganjaran pahala berterusan.

Menyediakan al-Quran dan kitab Yasin di rumah memudahkan keluarga untuk membaca doa dan surah apabila berlaku kematian. Keadaan ini juga termasuk persiapan rohani yang penting sebagai amalan akhirat.

Dalam Islam, mandi dan kafan jenazah dengan sempurna amat dititikberatkan. Menyimpan kain kafan bersih di rumah memudahkan keluarga apabila diperlukan.

Sunnah Rasulullah S.A.W menekankan memuliakan jenazah dengan kafan yang sederhana dan bersih serta persiapan awal ini adalah langkah berjaga-jaga.

Kapur dan serbuk pembersih adalah antara barang penting yang berguna sekiranya kematian berlaku di rumah, sama ada untuk persiapan jenazah atau membersihkan kawasan sekeliling.

Menjaga kebersihan persekitaran memudahkan keluarga mengurus jenazah dengan selesa dan tetap selaras dengan syariat Islam.

Sunnah Rasulullah

Seterusnya, barang keperluan asas seperti sabun, kain bersih, bekas air dan sarung tangan perlu disediakan di rumah sebagai langkah awal menghadapi kematian.

Menurut sunnah Rasulullah S.A.W, menjaga kebersihan jenazah sebelum dikafankan amat penting dan adanya peralatan ini memudahkan keluarga bertindak cepat apabila diperlukan.

Selain itu, mendoakan jenazah adalah amalan yang sangat digalakkan dalam Islam. Menyediakan catatan doa dan zikir di rumah memudahkan keluarga membacanya dengan tertib ketika mengurus jenazah.

Di samping itu, simpan semua dokumen penting seperti rekod bank, polisi takaful atau insurans dan wasiat di tempat yang mudah diakses.

Langkah ini memudahkan ahli keluarga mengurus urusan duniawi dengan teratur dan selaras dengan ajaran Islam.

Sebagai persiapan terakhir sebelum menempuh ajal, rumah sebaiknya dijadikan ruang untuk sentiasa mengingati akhirat.

Sediakan kawasan khusus untuk melaksanakan amalan sedekah, wakaf, atau infak yang berterusan sebagai amal jariah.

Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan untuknya. (Riwayat Muslim)

Sumber: Waktu Solat Malaysia