berita

Hukuman Penjara 13 Bulan Digantikan Dengan Denda RM5,500. Farid Kamil Menyesal & Mohon Maaf

August 24th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon Farid Kamil diperintahkan untuk dipenjarakan selama 13 bulan atas kesalahan melibatkan kekerasan jenayah dengan mengeluarkan perkataan tidak sopan kepada anggota polis. Terbaharu, menurut laporan Sinar Harian, hukuman penjara tersebut telah digantikan dengan denda sebanyak RM5,500.

Artikel berkaitan: ‘Saya Bersyukur Kepada Allah’ – Farid Kamil Akui Dipenjara Merupakan Pengalaman Yang Sukar Digambarkan

Artikel berkaitan: Padah Guna Kekerasan Terhadap Polis, Farid Kamil Dihukum Penjara 13 Bulan

Menyesal dan memohon maaf

Pesuruhjaya Kehakiman iaitu Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membuat keputusan tersebut selepas membenarkan rayuan Farid Kamil.

Pihak mahkamah menggantikan hukuman penjara 13 bulan kepada denda RM5,000 bagi kesalahan kekerasan jenayah terhadap anggota polis pada tiga tahun lalu. Manakala, hukuman penjara empat bulan digantikan kepada denda RM500 kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan.

Pelakon Lagenda Budak Setan itu mengakui menyesal dengan perbuatan yang telah dilakukannya itu dan memohon maaf semasa perbicaraan berlangsung.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×