
Pelakon Hafidz Roshdi meluahkan rasa rindu terhadap dua anaknya iaitu Humairah dan Umar.
Artikel Berkaitan: Didakwa Culas Galas Tanggungjawab Sebagai Bapa, Hafidz Roshdi Jawab – ‘Anak-Anak Itu Tetap Berbinkan Saya Sebagai Bapa Mereka’
Artikel Berkaitan: ‘Kau Nak Ambil Apa Sebenarnya?’ – Nurul Shuhada Persoal Motif Hafidz Roshdi Fail Kes Hadanah
Ucapan Hafidz

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi, 31, memuat naik tangkap layar pesanan mesej yang dihantar kepada cahaya matanya itu.
Hafidz memberikan ucapan sempena ulang tahun kelahiran anak-anaknya dan berharap mereka dapat bertemu suatu hari nanti.
Salam Humairah dan Umar, ni abah. Abah rindu sangat-sangat harap kita dapat jumpa suatu hari nanti.
Selamat hari lahir Humairah dan Umar. Harap Humairah baca dan gembira. Semoga besar menjadi anak yang soleh dan solehah okay.
Moga yang baik-baik untuk Humairah dan Umar. Abah sayang korang.
Perasaan seorang bapa

Dalam masa yang sama, pelakon Melastik Ke Hatimu itu turut memuat naik foto dia bersama anak-anaknya.
Hari ini genap usia mereka 8 tahun dan 5 tahun.
Untuk info, Hafidz mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016 namun bercerai talak satu pada 27 Julai 2023.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Hafidz kemudian berkahwin dengan Athira Yuhada pada 15 Disember 2023 dan mereka mempunyai seorang anak perempuan.
Difahamkan Shuhada bersama dua anak mereka kini menetap di Australia bagi menyambung pengajiannya di sana.
Sumber: IG Hafiz Roshdi








