Pelakon, Hafidz Roshdi dinobatkan sebagai pemenang dalam salah satu kategori pertandingan Boxing di The Cage, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: Didakwa Culas Galas Tanggungjawab Sebagai Bapa, Hafidz Roshdi Jawab – ‘Anak-Anak Itu Tetap Berbinkan Saya Sebagai Bapa Mereka’

Artikel Berkaitan: Mahkamah Lepas & Bebaskan Hafidz Roshdi Berkaitan Kes Pukul Bekas Isteri

Menang tanpa bertanding

Difahamkan, Hafidz diumumkan sebagai juara tanpa bertanding kerana pihak lawan telah menarik di saat akhir.

Pun begitu, Hafidz menerusi satu temu bual berkata, dia agak terkilan kerana tidak dapat menunjukkan kehebatannya selepas sekian lama berlatih.

Alhamdulillah, menang. Saya menang tanpa bertanding. Tapi saya ralat sikit sebab tak dapat nak pamerkan skill saya. Apa pun bersyukur.

Namun, aktor berusia 30 tahun itu tetap meluahkan rasa syukur selain berterima kasih kepada semua yang mendoakan serta menyokong.

Sementara itu, Hafidz menerusi hantaran di Instagram memuat naik gambar bersama pingat yang dimenanginya.

Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menitipkan tahniah.

Sumber: Instagram