berita

‘Human Calculator’ Banggakan Malaysia, Raih Tempat Kedua Asia’s Got Talent 2019

April 12th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Pentas berprestij seperti Asia’s Got Talent sepastinya menjadi tumpuan ramai orang untuk melihat bakat semulajadi yang dipersembahkan peserta. Seperti tahun ini terdapat 9 peserta termasuk 2 penyertaan dari Malaysia iaitu ‘Human Calculator‘ dan kumpulan wanita, NAMA menjadi tumpuan.

Malam Grand Final telah menyaksikan ahli silap mata Eric Chein dari Taiwan mendapat undian tertinggi sekali gus dinobatkan sebagai juara.

Tiada rezeki untuk NAMA

Kumpulan wanita, NAMA wakil dari Malaysia tidak berpeluang untuk berebut gelaran juaran. Begitu juga, kumpulan lelaki dari Filipina, Junior Good Vibes dan Yang Shih Hao dari Taiwan juga menerima nasib yang sama.

Persembahan NAMA di Grand Final

Pada malam keputusan Grand Final itu menyaksikan juri tetap, Jay Park menyifatkan penyingkiran tersebut perlu dibanggakan dan tidak perlu bersedih. Mereka perlu rasa beruntung kerana dapat melayakkan diri hingga ke malam penuh gemilang ini.

I don’t think you guys should be sad you got eliminated. I think you guys should celebrate the fact that you got this far. I think Asia’s Got Talent is very lucky to have you guys.

Human Calculator di tempat kedua

Manakala, persembahan Yaashwin Sarawanan dari Malaysia yang sangat hebat mengira nombor tanpa menggunakan kalkulator telah menempatkan dirinya di tempat kedua. Juri Jay Park mengucapkan tahniah kepada kedua finalis ini kerana berjaya sampai ke tahap sebegini. Dan turut mendoakan kejayaan di masa hadapan buat dua peserta ini.

Congratulations for making it so far, I wish you both the best of luck.

Persembahan terakhir Yaashwin

Tidak dinafikan begitu ramai penonton mengagumi kebijaksanaan dan kehebatan peserta Malaysia ini. Pengiraan masalah matematik mampu diselesaikan dengan begitu cepat berbanding kalkulator. Bakat sebegini perlu diberi penghargaan dan dibanggakan. Tahniah ‘Human Calculator‘ Malaysia!

Juara Asia’s Got Talent!

Kehebatan Eric Chien dari Taiwan membuat persembahan magician meninggalkan kesan dan rasa kagum dalam kalangan penonton pada malam Grand Final, tempoh hari. Magic yang telah dipersembahkan dari sang juara ini sangat menjadi sekali gus mendapat US $100,000 beserta penerbangan Vietjet Air selama setahun. Apa kata anda tonton terlebih dahulu video ini.

Persembahan sang juara

Magician ini mampu mewujudkan sebuah kubid bersaiz kecil yang terhasil dari bijian coklat dan mampu susun 6 warna yang sama pada setiap kubid tersebut. Sangat mengagumkan!

I had a lot of doubts about myself but winning this has given me a lot of confidence. I will continue to share my magic with the world and I know I will do even better next time.

Memang layak dia dinobatkan sebagai juara Asia’s Got Talent musim ke-3. Tahniah diucapkan juga kepada 9 peserta yang telah melayakkan diri ke pusingan terakhir.

Sumber: AXN Asia

SKIP THIS AD ×