
‘OhBulan! Paling Viral Online’ bakal dilancarkan pada 19 Disember ini menerusi platform TikTok Live dengan tujuh kategori menarik.
Artikel Berkaitan: Keluarga Itu, Bidaah & Aku Bukan Ustazah 2 Antara Karya Tercalon Bagi Kategori ‘Drama Paling Viral’
Artikel Berkaitan: Cik B, Ryan Bakery, Mek Yun & Sofea Shra Antara Yang ‘Berentap’ Rebut Kategori ‘Digital Content Creator Paling Viral’
Selebriti paling viral
Anugerah ini diwujudkan bagi mengiktiraf individu serta karya yang mencetus fenomena besar dalam dunia hiburan digital termasuk selebriti, pempengaruh, pencipta kandungan, usahawan hinggalah lagu, drama dan kelab peminat.
Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan seperti anugerah utama OhBulan! Paling Viral Online, Selebriti Paling Viral, Digital Content Creator Paling Viral, Usahawan Paling Viral, Lagu Paling Hot (kolaborasi bersama Hot FM), Drama Paling Viral dan Kelab Peminat Paling Viral.
Untuk siaran kali ini, OhBulan! ingin kongsikan kepada anda antara calon-calon bagi kategori ‘Selebriti Paling Viral’.
Antara calon-calonnya adalah:
- Meerqeen
- Nadeera
- Zarif Ghazzi
- Aina Abdul
- Amira Othman
- Andy Teh
- Anna Jobling
- Datin Atikah Suhaime
- Fattah Amin
- Hun Haqeem
Tunggu apa lagi? undi sekarang!
Peminat boleh mula mengundi bermula 29 September hingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan didedahkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Penggunaan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi: www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline