Pelakon, Hafreez Adam memohon pada umum agar lebih berhati-hati dalam menyuarakan pendapat terhadap orang yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Hargai Usaha Awak’ – Hafreez Adam, Azar Azmi Bercinta Ke?
Artikel Berkaitan: Seluruh Ahli Keluarga Disyaki Positif Covid-19, Hafreez Adam Tolak ‘Job’ Berlakon..Jangan Selfish!
Artikel Berkaitan: ‘Dia Suka Grab My Ass & Chest’ – Hafreez Adam Dedah Pernah Alami Gangguan Seksual Oleh Wanita
Masalah isu mental
Menerusi hantaran di laman Instagram (IG), Hafreez Adam atau nama penuhnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berharap agar orang ramai berhenti menyuruh golongan yang berdepan masalah kesihatan mental untuk menjaga perkara daripada segi agama.
Katanya, golongan sebegitu sudah melakukan apa yang perlu tetapi tidak berkongsi di media sosial.
Bila orang kongsi tentang isu mental health, jangan pergi kepada mereka dan menyuruh mereka untuk jaga solat, mengaji dan seangkatan dengannya.
Anda tak tahu apa yang mereka lalui, anda tak tahu apa mereka sudah lalui untuk rasa lebih baik. Anda tak tahu apa apa. Saya tidak cakap ia salah, sebab ia sememangnya betul.
Lain orang lain masalah
Hafreez, 32, mengingatkan bahawa tidak semua perkara dimuat naik dalam internet. Dan oleh kerana itu, seharusnya kita lebih berhati-hati dalam berkata-kata pada isu sebegini.
Pelakon drama ‘Bila Hati Berbicara’ itu turut mengingatkan bahawa setiap orang memiliki ujian yang berbeza. Perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah mendoakan.
Jangan ambil ringan sangat isu begini. Rasa dia tak best. Korang putus dengan boyfriend/girlfriend pun menangis 13 hari. Tapi sekurang-kurangnya korang tahu sebab kesedihan itu.
Bayangkan orang yang rasa down, tapi tak tahu apa puncanya? Senang ke nak okay kalau punca pun tak tahu?
Susulan daripada itu, Hafreez meminta agar masyarakat menjadi lebih baik apabila berhadapan dengan individu yang mengalami masalah kesihatan mental.
Sumber: Instagram @hafreezadam