
Anak kepada penyanyi veteran, Jamilul Hayat iaitu Hussain memilih untuk memberi keutamaan kepada keluarga dan perkembangan kerjayanya terlebih dahulu.
Artikel Berkaitan: Dakwaan Pengurus ‘Kekwat’ & Tak Profesional, Hussain Letak Kesalahan Atas Bahu Sendiri – ‘Manager Saya Buat Kerja’
Hussain mahu fokus kerjaya

Menerusi hantaran di Threads, Hussain berkata buat masa sekarang dia belum memikirkan soal percintaan apatah lagi terburu-buru dalam mencari pasangan hidup.
Buat masa sekarang, saya pilih untuk fokus pada keluarga dan kerjaya dulu.
Mungkin masa untuk bercinta belum tiba, dan saya okay dengan itu.
Dalam masa sama, Hussain turut meluahkan penghargaan kepada para peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menasihati Hussain agar terus memberi fokus kepada kerjayanya dan menempa nama dalam industri muzik tanah air.
Nasihat netizen buat Hussain

Sumber: Threads Hussain








