berita

‘I Tak Mengaku Pun, Itu Antara I Dengan Allah – Respon Sebak Azwan Ali Bila Bercakap Soal Keluarga

December 3rd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Figura Azwan Ali atau lebih mesra dengan jolokan Diva AA tidak lekang dengan pelbagai kontroversi panas. Beliau sebelum ini, terkenal sebagai seorang pengacara televisyen di majlis-majlis besar.

Artikel Berkaitan: Sebak Kenangkan ‘Persahabatan’ Dengan Ziana Zain, Air Mata Azwan Ali Mengalir Semasa Live Lagu Cinta Kita 2

Terbaru, beliau menggalas tugas sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita Musim 2 di TV3 setelah lama menyepi dari industri seni.

Sebak bila sembang pasal keluarga

Menerusi temu bual bersama Melodi Extra, beliau berkongsi kisah sebak bahawa beliau hanya mempunyai arwah ibu dan arwah ayahnya sebagai keluarga terdekat. Jelas Diva AA lagi, beliau lebih rapat bersama arwah ibunya berbanding arwah ayahnya. Bakat pengacaraan yang dimiliki merupakan bakat yang diturunkan oleh arwah ayahnya

I dah tak mengaku dah pun, Itu antara I dengan Allah, I have no time for them. Saya tidak akan mengaku ahli keluarga yang lain, tapi hanya Azmin Ali sahaja yang saya mengaku.

Di hujung temu bual tersebut, Diva AA turut memberikan ‘nasihat’ kepada pengacara-pengacara baru supaya mengambil berkat daripada ibu terlebih dahulu. Hal ini disebabkan, ibu merupakan pengkritik hebat kepada anak-anaknya.

Video penuh

Bagi anda yang menantikan episod penuh Melodi Extra bersama pengacara Ain Edruce bersama Azwan Ali, anda boleh saksikan Melodi Extra di HyppSensasi saluran 116 Unifi Tv. Progam tersebut akan bersiaran setiap Ahad jam 5 petang.

Sumber: Melodi Extra

SKIP THIS AD ×