berita

Sebak Kenangkan ‘Persahabatan’ Dengan Ziana Zain, Air Mata Azwan Ali Mengalir Semasa Live Lagu Cinta Kita 2

November 30th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Pengacara kontroversi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA tidak dapat menahan sebak apabila kisah hubungan istimewanya bersama Ziana Zain diperkatakan ketika siaran langsung program Lagu Cinta Kita 2 semalam.

Rakan pengacaranya, Elly Mazlein yang mengajukan soalan berkaitan hubungan peribadi Diva AA bersama Ziana itu telah membuatkan air mata jantannya gugur di mana dilihat Ziana turut mengalirkan air mata.

Diknon kita dah kuat

Menerusi program LCK 2 semalam, Ziana Zain hadir sebagai artis undangan itu turut sebak ketika sesi perbualan itu berlangsung. Ziana yang memanggil Diva AA sebagai ‘diknon’ itu membuktikan bahawa hubungan mereka sebagai sahabat itu tidak dapat dipisahkan.

Diva AA dalam keadaan teresak-esak, turut meminta maaf kepada Pak Zain dan Cik Rubiah iaitu ibubapa kepada Ziana kerana sudah lama tidak menemui mereka. Dia yang akui sudah mengenali Ziana dalam jangka masa yang lama meminta untuk tidak mengadili hubungan mereka berdua.

Dia sempat menyatakan bahawa dia amat menghormati Ziana sebagai seorang kawan. Ziana juga sempat berpesan supaya Diva AA tidak menangis kerana dia juga akan menangis dan menyatakan bahawa mereka berdua sudah kuat.

Orang tak kenal Azwan Ali

Ziana yang berada dalam keadaan sebak itu menyatakan bahawa ramai orang tidak mengenali Diva AA sebagaimana dia mengenali Diva AA. Walaupun hubungan mereka sering digosipkan dan diperkatakan, Ziana bagaimanapun tidak ambil pusing semua itu dan hubungan sahabat mereka tetap utuh.

Sudah lama tidak berjumpa Diva AA, Ziana bagaimanapun tetap bertanya khabar dan selalu menelefon Diva. Ziana juga menyatakan bahawa hubungan mereka berdua itu sebagai sahabat dan bukanlah sebagai kawan ini kerana dua perkataan tersebut membawa dua maksud yang berbeza.

Walaubagaimanapun bagi mereka yang terlepas untuk menyaksikan episod 3 Lagu Cinta Kita Musim 2 boleh ke Youtube TV3 Malaysia, dan jangan lupa untuk saksikan Lagu Cinta Kita 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Tv3, saluran Youtube TV3 Malaysia dan Tonton.

SKIP THIS AD ×