berita

‘I Tak Patut Keluar Dengan Suami Orang’ – Oktovia Mohon Maaf, Mengaku ‘Melantun’ Kerana Netizen

February 28th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani isteri Aliff Aziz, Bella Astillah mengenai dakwaan suaminya itu berlaku curang dengan pelakon baru Oktovia Manrose, petang semalam.

Tidak lama kemudian, Oktovia turut mengeluarkan kenyataan meminta bukti dakwaan dia mabuk seperti didakwa Bella. Dia juga berkata hanya keluar sebagai kawan kepada lelaki itu. Enggan terus mengeruhkan keadaan, Oktovia membuat permohonan maaf.

Tak pernah terfikir akan berlaku

Dalam kenyataan yang dibuat menerusi IG storynya itu, pelakon baru ini menyifatkan semalam adalah hari yang bersejarah untuknya. Dia mengatakan insiden yang berlaku langsung tidak pernah terfikir atau dirancang pihaknya.

Dia mengaku kesilapan yang dilakukan dan tidak mahu menegakkan benang yang basah. Permohonan maaf dibuat dan akaun Bella turut disebut (mention). Dia mengaku tidak sewajarnya keluar dengan Aliff yang berstatus suami orang.

Terkejut dengan komen netizen

Dalam kenyataan itu lagi, Oktovia yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan Nelydia Senrose ini mengatakan komen balas dibuat terhadap Bella pada petang semalam adalah kerana dia terkejut menerima komen kecaman netizen.

I tak patut keluarkan statement apa-apa pun sebab dah terang-terang I yang salah. Kenapa tadi I jawab macam tu is because I terkejut dengan all harsh words dari netizen sampai buat I melantun, its really hurting me, but I deserve it.

Dia juga berharap pasangan suami isteri itu boleh menyelesaikan isu ini dengan baik dan mendoakan yang terbaik untuk kedua-duanya.

Sumber: Oktovia Manrose

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×