berita

Ibu Bapa Disyaki Bunuh Tanpa Sengaja, Anak Maut Dalam Kereta Akibat Cuaca Panas

June 23rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia ketika ditinggalkan bersendirian di dalam kereta ibu bapanya.

Artikel Berkaitan: Lagi Kes Disyaki Strok Haba, Kali Ini Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Cuaca Panas Terik! Awasi Serangan Strok Haba, Peka Keadaan Anak Kecil

Cuaca panas melampau

Gambar sekadar hiasan

Kejadian yang berlaku di Slovenia itu menyaksikan seorang kanak-kanak yang ditinggalkan keseorangan di dalam kereta, meninggal dunia akibat cuaca panas melampau.

Menurut maklumat, insiden itu berlaku pada petang Selasa di bandar Prebold iaitu kira-kira 60 kilometer ke timur ibu negara Ljubljana. Difahamkan ketika kejadian suhu di kawasan tersebut hampir mencecah 30 darjah Celsius.

Dalam pada itu, memetik laporan berita STA, usaha untuk menyelamatkan kanak-kanak itu gagal walaupun anggota pasukan kecemasan telah memberikan bantuan.

Susulan itu, jurucakap pihak polis di daerah tersebut berkata pihaknya telah menahan ibu bapa kanak-kanak terbabit dan mereka sedang disiasat kerana disyaki melakukan pembunuhan tanpa sengaja.

Sumber: Teller Report

SKIP THIS AD ×