berita

Ibu Bapa ‘Pergi’ Dalam Tempoh Kurang Setahun, Sherie Merlis Hampir Rebah & Hilang Semangat

February 13th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelakon yang tidak asing lagi di kaca televisyen, Sherie Merlis berkongsi kisah duka apabila kehilangan kedua ibu bapanya dalam tempoh kurang satu tahun.

Artikel Berkaitan: Rindu Noorkhiriah Terubat Selepas Cium Batu Nisan Arwah Ayah

Artikel Berkaitan: ‘Allah Hadirkan Ribuan Pelanggan Yang Saling Tak Tumpah Seperti Arwah Ibu’ – Aleeya Zailan

Pemergian kedua ibu bapa

Memetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 51 tahun ini mengakui dirinya hampir rebah selepas diuji dengan kehilangan ibu yang telah lama terlantar akibat penyakit Alzheimer. Sebelum ini, bapa Sherie, Wan Zainal Abidin dikhabarkan telah dijemput Ilahi pada Oktober 2021 akibat serangan jantung.

Selama ini saya bekerja untuk menyara dan menyediakan keperluan mereka memandangkan ibu sudah lama terlantar.

Saya seperti hampir rebah dan hilang semangat apabila kedua-duanya pergi dalam jarak waktu yang dekat. Apa pun, hidup perlu diteruskan dan saya tidak boleh meratapi apa yang berlaku.

Bukan itu sahaja, pelakon yang popular dengan filem Chow Kit ini meluahkan rasa perit saat ditinggalkan ibu dan bapa tatkala dia mendedikasikan hidupnya buat kedua insan tersayang itu. Malah, ia merupakan cabaran terbesar buatnya apatah lagi mereka pergi ketika dia sedang sibuk bekerja dan tidak berada bersama mereka.

Watak luar imaginasi

Dalam pada itu, Sherie turut berkongsi projek terbarunya yang dipertanggungjawabkan untuk membawa watak sebagai nenek dalam siri drama Nenek Bongkok Tiga. Malah, drama berkenaan telah memberi peluang buatnya melakonkan watak berbeza yang tidak seperti yang pernah dibawanya sebelum ini.

Selama 30 tahun sebagai pelakon, saya sentiasa ingin mencuba watak yang di luar imaginasi, sebab itu saya sanggup menolak dua lagi tawaran yang datang serentak dengan drama ini.

Watak nenek dalam Nenek Bongkok Tiga bagi saya sangat menarik kerana ada kelainan daripada watak pernah dibawakan sebelum ini.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×