Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya di laman Twitter berkongsi ‘dilema’ yang dihadapi oleh ibu bapa di mana anak mereka yang berusia 15 tahun dipercayai menjadi mangsa ‘buli’ menerusi aplikasi Whatsapp.
Artikel Berkaitan: Diejek Muka Hitam Dalam Group WhatsApp, Murid Darjah 3 Balik Sekolah Menangis
Artikel Berkaitan: Pelajar SPM Kecewa Ibu Tak Puas Hati Dapat 12A, Siap Tanya – ‘Kenapa Sikit Sangat A?’
Anak hanya jalankan tugas
Sekadar gambar hiasan
Menerusi luahan tersebut, ibu bapa berkenaan menceritakan anaknya yang merupakan seorang pengawas menerima mesej suara ugutan daripada rakan sekelas yang dipercayai mahu menumbuk dan menerajang pelajar berkenaan yang ketika itu hanya menjalankan tugas yang diberikan.
Ada beberapa lagi voice note yang dia hantar pada anak saya (jangan sampai aku pecahkan kepala kau) dan sebagainya. Saya sudah duduk berbincang dengan anak saya dan anak saya cakap dia hanya jalankan amanah dia sebagai pengawas untuk rampas rokok serta vape pelajar berkenaan.
Semenjak hari itu pelajar tersebut sering body shaming anak saya dan anak saya mengaku 2 minggu terakhir ini dia kerap hantar Whatsapp begitu.
Susulan daripada mesej yang diterima, remaja ini seolah-olah memberikan alasan sakit dan tidak mahu ke sekolah walau pun sudah diajak untuk ke klinik bagi melakukan pemeriksaan.
Bila saya bertanya kerana pelajar berkenaan ke anak saya tak nak ke sekolah, anak saya diam tiada jawapan.
Pelajar kesayangan guru
Sekadar gambar hiasan
Bercerita lebih lanjut, rakan sekelasnya (pembuli) dikatakan pelajar kesayangan guru kelas berikutan mempunyai rupa dan pandai mengambil hati.
Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen sempat memberikan pendapat yang tersendiri dan meminta supaya penjaga pelajar ini mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Saya tak nak perkara buruk jadi pada anak saya. Tolong beri pendapat tuan.
Sumber: Ahmad Fedtri Yahya