Pelakon Ika Nabella, tampil berkongsi pandangan mengenai kewujudan ibu bapa yang toksik terhadap anak-anak mereka.

Artikel Berkaitan: Ika Nabella Berang Individu Buat Lawak Bodoh Semasa Bergegas Bawa Anak Ke Hospital – ‘Buat Lawak, Double Line Tak Boleh Potong’

Artikel Berkaitan: Ika Nabella Kagum Dengan Hantaran Syed Saddiq – ‘Apa Agaknya Perasaan Bapa Kandung? Tak Malu Ke?’

Pendapat Ika

Menerusi perkongsian di Threads, Ika atau nama lengkapnya Ika Nabila Abdul Rahim, 37, berkata, tidak semua individu memahami situasi yang dialami oleh anak-anak yang terpaksa berdepan dengan ibu bapa seperti itu.

Ibu bapa yang toksik wujud dan hanya yang pernah lalui sendiri dalam keluarga sahaja faham.

Ada beberapa perkara yang sukar untuk dijelaskan kepada mereka yang tidak melaluinya.

Dalam masa yang sama, Ika bersyukur kerana ibu bapanya tidak pernah menunjukkan sikap sedemikian dan perkara itu tidak lagi berlaku di dalam keluarganya.

Bukan ibu bapa saya. Alhamdulillah, kami berjaya memutuskan rantaian itu.

Kami hentikannya sampai tiada siapa yang terlibat lagi dan sejujurnya itu adalah sesuatu yang saya sangat syukuri.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Ika.

Menurut warganet, anak-anak tidak seharusnya dipersalahkan andai mereka bersikap dingin kerana ia adalah respon terhadap layanan ibu bapa yang pernah melukakan perasaan mereka.

Sumber: Threads