Pelakon Ika Nabella berpendapat setiap isteri yang sentiasa kelihatan berseri memiliki suami yang menjadi tulang belakang dan sumber sokongan dalam rumah tangga.

Artikel Berkaitan: Ika Nabella Berang Individu Buat Lawak Bodoh Semasa Bergegas Bawa Anak Ke Hospital – ‘Buat Lawak, Double Line Tak Boleh Potong’

Artikel Berkaitan: Ika Nabella Kagum Dengan Hantaran Syed Saddiq – ‘Apa Agaknya Perasaan Bapa Kandung? Tak Malu Ke?’

Isteri jaga penampilan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Ika meluahkan rasa kagum terhadap para isteri yang berjaya mengekalkan penampilan dan kecantikan diri meskipun memiliki ramai cahaya mata.

Tambah pelakon berusia 36 tahun itu, setiap pencapaian dan usaha seorang isteri tidak datang secara sendiri sebaliknya didorong oleh sokongan suami yang bertanggungjawab.

Sebenarnya saya sangat bangga bila tengok para ibu yang ada ramai anak tapi tetap cantik, bergaya dan badan kalah anak dara.

Saya rasa kalau suami tak main peranan, memang susah untuk para isteri cari masa dan tenaga untuk jaga diri.

Dalam pada itu, Ika berpendapat agak sukar bagi seorang isteri untuk mengekalkan penampilan diri sambil menguruskan anak-anak tanpa bantuan serta sokongan daripada suami.

Untuk kekalkan penampilan dan yakin dengan diri sendiri.

Di sebalik setiap para ibu yang berseri selalunya ada sistem sokongan yang kuat di belakang dia kan?

Sumber: Threads @ikanabella