Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya, menegaskan bahawa seorang ibu tidak sepatutnya dipikul dengan tanggungjawab yang berterusan hanya kerana anak-anak enggan belajar untuk berdikari.

Artikel Berkaitan: ‘Kita Ingin Bantu Gerai Yang Kelihatan Sepi, Tapi Bila Terdengar Kata-Kata Kasar Seperti Mencarut’ – Fedtri Yahya

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tak Mampu, Buat Cara Tak Mampu.. Ukur Baju Di Badan Sendiri’ – Fedtri Yahya

Anak bukan amanah dibesarkan dua kali

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila dirinya dianggap tidak berperikemanusiaan oleh ahli keluarga hanya kerana enggan menjaga cucu tanpa bayaran.

Hanya disebabkan aku taknak jaga cucu secara percuma, sekarang satu keluarga anggap aku perempuan tak berperikemanusiaan.

Umur aku 52 tahun.

Tahun lepas, akhirnya aku rasa lega buat pertama kali lepas berpuluh tahun hidup terkejar-kejar.

Pinjaman rumah dah habis bayar, rumah pun dah siap renovate, dan aku berhenti kerja tetap yang selama ni memang memenatkan fizikal dan mental aku. 

Hantaran tersebut menarik perhatian Fedtri atau nama penuhnya Ahmad Fedtri Yahya, 45, yang berpendapat bahawa mereka yang bergelar ‘nenek’ wajar diberi ruang untuk menikmati kehidupan dengan lebih tenang serta mengecap hasil daripada segala pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini.

Ibu bukan bibik yang dibalut atas nama nenda demi memudahkan hidup anak-anak yang enggan belajar berdikari.

Setelah bertahun-tahun berkorban, biarlah si nenda menikmati sisa usia dengan tenang, merawat diri, mengejar impian yang tertangguh dan menuai hasil daripada segala jerih payah yang pernah ditaburkan.

Katanya lagi, anak-anak tidak seharusnya menganggap diri mereka sebagai amanah yang perlu dibesarkan dua kali oleh ibu bapa.

Anak-anak bukan amanah untuk dibesarkan dua kali.

Pohon sekah,

Menimpa panggung,

Berani nikah,

Berani tanggung.

Sumber: Threads