Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya tampil memberikan teguran agar setiap individu menjalani kehidupan selari dengan kemampuan diri.

Artikel Berkaitan: ‘Baju Kurung Direka Supaya Rasa Dikurung Oleh Adat & Syariat’ – Fedtri Yahya

Artikel Berkaitan: Tetamu Sifatkan Tuan Rumah Pemalas Guna Peralatan Pakai Buang, Fedtri Yahya Tampil Beri Teguran

Bayaran ansuran

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna meminta pandangan orang ramai mengenai rancangan menaik taraf telefon baharu dengan menggunakan kemudahan bayaran ansuran seperti SPayLater dan TT PayLater.

Nak tanya pendapat, saya seorang student, tak ada biasiswa atau pinjaman.

Cuma bergantung pada elaun daripada parents sahaja, sebulan dalam RM100 hingga RM200.

Sekarang saya plan nak upgrade phone ke iPhone 17.

Setakat ni, simpanan untuk phone baru ada RM500, ASB RM180, emergency fund RM100 lebih, dan ada juga birthday saving tapi yang ini memang tak nak usik.

Sekarang tengah fikir, okay ke kalau guna SPayLater RM2500 campur checkout guna TTPayLater untuk bayar secara ansuran bulanan?

Atau lebih baik kumpul dulu sampai cukup RM1300, selepas itu baru guna SPayLater RM2500?

Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian Fedtri Yahya, atau nama penuhnya Ahmad Fedtri Yahya, 45, yang menegaskan bahawa sikap berlebih-lebihan dan mengikut kehendak tanpa batas hanya akan mendatangkan kesusahan di kemudian hari.

Kalau tak mampu buat cara tak mampu.

Jangan menyusahkan orang di kemudian hari.

Ukur baju di badan sendiri, bukan di badan gajah.

Keinginan

Dalam masa sama, dia mengingatkan agar tidak mengikut nafsu di kala kehidupan sendiri masih serba kekurangan.

Jangan dilambung nafsu, sedangkan makan pun masih perlu bercatu.

Ujar Fedtri lagi, keinginan yang tidak dikawal hanya akan menimbulkan kedegilan dalam diri, sekaligus menutup pintu untuk menerima nasihat dan pandangan orang lain.

Jangan suburkan kehendak.

Nanti bermaharajalela kedegilan sehingga tertutup pintu nasihat.

Sumber: Threads