Gambar sekadar hiasan
Seorang ibu bukan sahaja menjadi mangsa rogol tetapi harta bendanya turut dirompak dan dia diikat pada batang kelapa sawit bersama anaknya.
Artikel Berkaitan: Ibu Gian Dadah Jual Anak Harga RM56 Pada Teman Lelaki, Kemudian Dirogol & Dibunuh
Artikel Berkaitan: Warga Emas Di Penjara 96 Tahun Kerana Melakukan Serangan Seksual
Artikel Berkaitan: Tular Video Mak Cari Anak Hilang, Rupanya Remaja Lari Rumah Disyaki Trauma Jadi Mangsa Rogol Bapa Tiri
Rogol & rompak
Dua orang suspek merogol dan merompak. Foto: Tribun.com
Kejadian yang berlaku di Kecamatan Tapung Hulu, Kabupaten Kampar, Riau, Indonesia, menyaksikan ibu dan anak yang sedang menunggang motosikal telah diserang hendap oleh dua orang suspek.
Kedua-dua suspek tersebut telah memukul kepala mangsa sambil mengacukan pistol ke arah mangsa. Mereka mengancam mangsa dengan pistol agar mangsa tidak bertindak menjerit atau melarikan diri.
Bagaimanapun, didapati pistol tersebut hanyalah pistol mainan sahaja.
Kemudian, suspek membawa mangsa dan anaknya ke ladang kelapa sawit lalu anak beranak itu diikat dengan tali di pokok kelapa sawit. Wanita malang itu kemudian dilepaskan dari ikatan sebelum dirogol.
Setelah puas melampiaskan nafsu serakah, suspek bertindak mengikat semula wanita berusia 36 tahun itu pada sebatang pokok kelapa sawit dan motosikal serta telefon bimbitnya dibawa lari oleh suspek.
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Riau, Kombes Nandang Mu’min Wijaya berkata, tiga orang suspek telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
Mangsa dan anaknya cuba melepaskan diri daripada ikatan. Selepas dibebaskan, mangsa terus ke Balai Polis Tapung Hulu untuk melaporkan kejadian.
Dua suspek yang berusia 51 tahun dan 31 tahun merupakan pelaku jenayah merogol serta mencuri, manakala seorang lagi suspek berusia 48 tahun ditahan kerana mengambil serta mengumpul barangan yang dicuri.
Dalam pada itu, polis berjaya merampas barang bukti berupa dua buah motosikal, dua senapang angin, 33 butir peluru, dua telefon bimbit, dua pasang kasut, pakaian, beg dan pas media.
Sumber: Tribun.com