Gambar sekadar hiasan
Kerakusan nafsu seorang lelaki bergelar jurulatih gimnastik yang melakukan jenayah seksual kira-kira sedekad dahulu akhirnya mendapat balasan dengan dipenjara selama 96 tahun.
Artikel Berkaitan: Pelajar Tingkatan 1 Dah Pandai ‘Sexting’, Guru Luah Kerisauan Budaya Lucah
Artikel Berkaitan: Remaja 15 Tahun Rogol Adik Sampai Lahirkan Anak
Mangsa adalah pelatihnya
Gambar sekadar hiasan
Berdasarkan dakwaan Pejabat Peguam Negara Will County, Illinois, Amerika Syarikat, Jose Vilchis telah melakukan serangan seksual terhadap seorang gadis pada tahun 2013 dan tahun 2014. Difahamkan dia ketika itu jurulatih gimanstik kepada gadis tersebut dan telah didakwa pada tahun 2018.
Ketika sesi perbicaraan pada Jun lalu pihak juri telah mendengar bukti bahawa lelaki berusia 72 tahun itu juga telah terlibat dengan jenayah yang sama terhadap tiga gadis remaja lain sejak tahun 1997.
Salah seorang mangsa memberikan kenyataan bahawa Vilchis telah berulang kali menyerangnya secara seksual pada tahun 1990an ketika dia menjadi jurulatih.
Menurut peguam, Vilchis ialah seorang yang tidak amanah dan mengambil kesempatan semasa memegang portfolio jurulatih.
Jose Vilchis adalah pesalah seksual yang terkutuk kerana menggunakan kedudukan dan kuasanya untuk mengambil kesempatan ke atas gadis yang tidak bersalah.
Dia berulang kali melakukan serangan seksual kepada pelatih muda secara rahsia dengan menyamar sebagai jurulatih yang prihatin.
Susulan itu, Jose Vilchis dijatuhkan hukuman atas lapan pertuduhan jenayah serangan seksual oleh hakim.
Sumber: AP News