Gambar sekadar hiasan
Seorang ibu ditahan pihak polis selepas bayinya yang berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah jenis amphetamine dan methaphetamine.
Artikel Berkaitan: Tak Tidur Beberapa Hari, Kanak-Kanak 3 Tahun Didapati Positif Syabu
Ibu juga positif dadah
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, penangkapan wanita yang berusia 22 tahun itu dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada pegawai perubatan di Hospital Taiping pada Selasa.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut menunjukkan tingkah laku lain dari yang lain ketika berada di rumah neneknya.
Bayi berkenaan dikatakan dihantar ke rumah neneknya oleh ibu mangsa kerana ingin membeli barang.
Ketika mahu tidur, mangsa tiba-tiba menangis dan menunjukkan tingkah laku tidak terkawal menyebabkan ibu mangsa membawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Susulan itu, pihak polis menahan ibu mangsa dan ujian saringan awal air kencing mendapati wanita berkenaan juga positif dadah jenis methamphetamine.
Bayi tersebut kini dilaporkan stabil dan sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Sumber: Harian Metro