Foto: Tribune News
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Kalimantan Timur didapati positif dadah selepas tidak tidur selama beberapa hari.
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 4 Tahun Positif Dadah Terpaksa Ditidurkan
Minum air mineral diberi jiran
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Tribune News, ujian air kencing yang dilakukan pihak polis mendapati kanak-kanak itu positif dadah jenis syabu.
Menurut Pesuruhjaya Polis Samarinda Ary Fadli, mangsa dilaporkan berkunjung ke rumah jiran bersama ibunya sebelum diberikan air mineral kerana kehausan pada 6 Jun yang lalu.
Namun begitu, kanak-kanak itu dilihat berubah menjadi sangat aktif sehinggakan tidak makan dan tidak tidur pada waktu malam selama beberapa hari.
Risau melihat keadaan anaknya itu, ibu mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut Hospital Atma Husada Mahakam untuk pemeriksaan.
Ibu mangsa kemudiannya bertanyakan mengenai air mineral itu kepada jirannya namun tidak diketahui kandungan sebenar di dalam botol air mineral tersebut.
Menurut Ary, hasil siasatan mendapati botol air mineral itu telah digunakan untuk menghisap syabu.
Susulan itu, jiran wanita yang berumur 51 ditahan pihak polis bagi kesalahan penyalahgunaan dadah serta melanggar undang-undang perlindungan kanak-kanak dan bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun.
Kini, mangsa dilapurkan beransur pulih selepas menerima rawatan di hospital dan sedang dipantau pusat pemulihan Badan Narkotik Nasional.
Sumber: Tribune News