berita

Ibu Ditegur Netizen Isu Bendera Putih, Ini Respon Matang Cik B Kepada Pengikutnya

July 10th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, nama usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Vida dikecam netizen apabila dia menasihati pengikutnya di platfom TikTok agar tidak ‘berharap’ atau bergantung kepada bantuan ‘bendera putih’ semata-mata tanpa berusaha mencari rezeki sendiri.

Artikel berkaitan: ‘Janganlah Guna Alasan PKP, Usaha…’ – Nasihat Usahawan Kosmetik Undang Kecaman Netizen

Artikel berkaitan: ‘Jangan Kita Tambah Kepedihan Mereka’ – Isu Bendera Putih, Bonda Rozita Tegur DS Vida

Susulan itu anak kepada Datuk Seri Vida iaitu Edlynn Zamilleen atau dikenali sebagai Cik B juga turut terkena ‘tempias’ dan ditegur oleh netizen berikutan kenyataan yang dikeluarkan ibunya sebelum ini.

Respon Cik B..

Menerusi perkongsian Cik B di laman Instagram, memaparkan tangkap layar komen daripada netizen yang memintanya supaya ‘faham’ mengapa ibunya menerima kritikan yang hebat daripada warganet.

Susulan daripada itu, Cik B tampil memberikan respon terhadap isu tersebut yang hebat diperkatakan ramai.

Dan saya harap masyarakat memahami saya dan ibu adalah dua individu yang berbeza. Ibu saya berhak untuk memberi pandangannya tetapi tidak bermakna kami berkongsi pendapat yang sama. Mama seorang yang hebat dan saya hormatinya. Terima kasih.

Bantuan dari Cik B dan Kacak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ?????® ?????? (@cikb_havoc66)

Pada hari Rabu yang lalu, Cik B telah memuat naik video di laman Instagram menyaksikan dia dan adiknya iaitu Kacak pergi ke beberapa buah rumah di sekitar Ipoh, Perak bagi menghulurkan bantuan berbentuk makanan kepada mereka yang memerlukan. Difahamkan, sumber untuk membeli kesemua barangan makanan termasuk lampin dewasa merupakan duit simpanan Cik B sendiri.

Seronok kita bagi sendiri. Kita tengok orang happy. Jadi, jika kita ada rezeki lebih, kita kongsilah dengan orang. Cik B mengucapkan terima kasih kepada orang yang mendoakan untuk Cik B supaya Cik B sihat, supaya rezeki banyak lagi kepada Cik B dan Cik B boleh kongsi rezeki Cik B kepada orang lain.

Sumber: Twitter Cikb Havoc

SKIP THIS AD ×