Kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila berkongsi berita duka di Instagram Story.
Meninggal dunia
Menerusi hantaran video yang dimuat naik, Nabila memaklumkan ibu kepada Engku Emran iaitu Hajah Salmah Abu Bakar telah meninggal dunia, pada pagi Ahad.
Usahawan berumur 38 tahun itu memohon agar orang ramai sedekah Al-Fatihah.
Terdahulu, Nabila dan Engku Emran didakwa sudah tidak tinggal sebumbung dan dalam proses perceraian selepas dua tahun berumah tangga.
Sekadar info, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Erra Fazira dan memiliki cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.
Kemudiannya, Engku Emran berkahwin dengan aktres Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya lelaki, Jebat Jayden.