berita

Ibu Hannah Delisha Kongsi Hikayat Terakhir #IbuTidakRestu, Rupanya Ini Yang Cuba Disampaikan

March 15th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Di Instagram, ibu kepada pelakon jelita, Hannah Delisha iaitu Noor Ashikin Ahmad, memuat naik posting terakhir berhubung Epilog #IbuTakRestu.

Artikel berkaitan:Netizen Rayu Ibu Hannah Delisha Henti ‘Hikayat’ #IbuTidakRestu, Berdamailah

Artikel berkaitan:‘Bukan Sahaja Tidak Restu, Tapi Sang Ibu Tidak Tahu’ – Ibu Hannah Delisha

Wanita tersebut memohon para pembaca memahami hati si ibu apabila hanya mengetahui berita pernikahan si anak pada waktu yang sama diketahui oleh umum. Tulisnya lagi, si ibu tidak restu dan reda dengan cara isu ini dikendalikan.

Sila rungkai, faham dan jiwai

Wahai “Smart People”, dalam Epilog terakhir ini, sila rungkai dan fahami serta menjiwai apa yang dirasakan watak Sang Ibu melalui konteks Hikayat ini. Harus di fahami, bahawa Sang Ibu tidak restu dan reda dengan Cara, Etika dan Norma perkara ini dikendalikan. Sang Ibu serta keluarganya, hanya tahu tentang berita pernikahan Sang Anak ,sewaktu yang sama dengan anda.

Menurut Ashikin, posting terbarunya di Instagram ini merupakan ‘kisah’ terakhir tentang Hikayat Antah Berantah. Sejak dari awal si ibu dikatakan tidak merestui pernikahan ini yang didakwa tidak dikendalikan mengikut cara yang betul.

Walaupun diuji sedemikian, namun jauh di sudut hati, dia masih sayangkan anaknya.

Warkah terakhir sang ibu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kakcik Wujud Ku (@kakcikwujudku)

Pasti Sang Suami mempunyai seorang “Ibu”. Bagaimana rasanya jika ini terjadi pada diri ibu Sang Suami dan keluarganya?

Menerusi epilog tersebut juga, terkandung warkah terakhir sang ibu buat anak dan menantunya. Rata-rata netizen memohon agar wanita tersebut tabah dan sabar dalam menempuhi dugaan. Netizen juga dipercayai cuba memahami luka yang dialami oleh wanita itu dan berdoa semoga ada jalan penyelesaian.

Sumber: Kakcik Wujudku

SKIP THIS AD ×