berita

‘Ibu Kandung Buat Surat Sahkan Musa Diserah Kepada Mizz Nina’ – Peguam

February 6th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Mizz Nina

Pihak Mizz Nina memutuskan untuk menarik semula kes hak penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara membabitkan anak angkatnya dengan bekas suami, penyanyi Noh Salleh iaitu Musa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noh Dakwa Dianiaya, Terkejut Mizz Nina Tarik Kes Penjagaan Anak – ‘Apa Permainan Dia’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Mizz Nina Selar Tindakan Noh Salleh Dedah Identiti Musa & Ibu Kandung – ‘Itu Bukan Nama Sebenar Dia’

Tunggu keputusan hakim

Mizz Nina

Peguam syarie yang mewakili Mizz Nina iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, tiada proses sulh yang berlaku di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Isnin.

Jelasnya, pada 6 Februari pihaknya bersama Mizz Nina akan kembali untuk mengesahkan di hadapan hakim.

Esok (6 Februari) kes itu akan disebut di hadapan hakim untuk mengesahkan penarikan balik. Itulah perjalanan kes kami hari ini.

Jadi tiada sulh sebentar tadi sebab kami sudah mefailkan penarikan balik dan sulh dibatalkan sebab pihak plaintif (Mizz Nina) tidak ingin meneruskan tindakan.

Fakhrul berkata demikian ketika ditemui usai prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Isnin.

Bagaimanapun, Mizz Nina tidak hadir pada prosiding berkenaan dan hanya diwakili suaminya, Essam Muhammad dan seorang lagi peguam, Mahmud Abdul Jumaat.

Tambah Fakhrul, dalam kes ini Mizz Nina sudah mendapatkan hak penjagaan sementara.

Kami buat hak penjagaan sementara itu selepas anak tersebut yang kita kira sebagai dilarikan pada 19 Disember tahun lalu. Mizz Nina dalam perjalanan pulang ke rumah dan anaknya tiada.

Jadi mereka membuat laporan polis dan sebagainya, tapi anak masih tidak dapat diserahkan dan disebabkan kita memasukkan permohonan ex-parte dan mahkamah sudah memberikan hak penjagaan sementara kepada Mizz Nina.

Kita usaha dalam lima sehingga tujuh hari untuk mendapatkan tempat tinggal anak tersebut sebab segala hubungan untuk mendapatkan anak tersebut sudah disekat, jadi kami berjaya mendapatkan anak itu dengan bantuan pihak polis melalui perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Tambahnya lagi, vokalis kumpulan Hujan itu bersetuju memberikan Musa kepada Mizz Nina sepenuhnya pada 20 Februari 2023.

Tapi kita tak tahu kenapa pada Disember lalu dia pergi ambil anak tersebut. Bila kita sudah dapat anak selepas ex-parte dikeluarkan, proses pengangkatan itu sudah dilaksanakan dan semalam (4 Februari) sudah disahkan bahawa penjagaan anak tersebut iaitu Musa diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina.

Sementara itu, menjawab dakwaan Noh bahawa Musa diletakkan di bawah penjagaan mereka bersama, Fakhrul berkata ibu kandung kanak-kanak itu sudah menyerahkan Musa sepenuhnya kepasa Mizz Nina.

Memang sebelum itu pada 20 Februari 2023 lalu dia sudah memfailkan akuan berkanun iaitu menyerahkan anak tersebut kepada Mizz Nina dan kemudian tiba-tiba dia memfailkan lagi untuk membatalkan akaun berkanun itu dan dia hantar pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Tetapi bila ibu kandung Musa sudah membuat surat yang mengesahkan mahu memberikan anak itu kepada Mizz Nina seorang, jadi JPN tak ambil kira akaun berkanun yang dia hantar. Jadi secara rasmi ibu kepada Musa adalah Mizz Nina seorang.

SKIP THIS AD ×