Di Facebook, seorang wanita berkongsi kisah di mana anak perempuannya terkena minyak panas. Menurut wanita tersebut, badan anaknya melecur di bahagian luaran dan dalaman sehingga terpaksa memakai alat bantuan pernafasan.
Tertelan minyak panas
Semua perasan dia nampak lain seminggu sebelum kejadian ini. Semalam dalam 6.13 petang aku tengah goreng ayam untuk berbuka. Minyak tu aku alihkan masuk dalam mangkuk dan aku letak atas kabinet. Tak sangka Maryam nak tarik. Habis satu badan dia kena minyak kecuali dari pusat sampai kaki dengan kepala. Mata sampai pinggang semua kena. Belakang pon kena. Sampai dia tertelan minyak panas. Dalam hidung pun masuk. Disebabkan tertelan minyak la hari ni dia terpaksa pakai alat pernafasan sampai dia sembuh.
Bila aku tanya anak saya macam mana doktor. Doktor cakap saya hanya boleh katakan yang anak puan kritikal. Sepanjang malam aku baca Yasin untuk Maryam. Aku doa macam-macam untuk dia. Suami teman anak pergi PIC macam ICU. Bila sampai atas kami tak boleh masuk.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Fatimah, sebaik sahaja dia mendapat tahu anaknya terkena minyak panas, dia terus membawa masuk anaknya itu ke dalam bilik air dan mandikan. Tambahnya, dia membawa Maryam ke bahagian kecemasan di Hospital Kuala Nerang sebelum dipindahkan di Hospital Sultanah Bahiyyah.
Doktor tunjuk gambar anak
Sekadar gambar hiasan
Doktor mata kata, mata anak tak ada yang serius. Dia akan lega. Doktor jantung kata jantung okay cuma pernafasan dia dah melecur sikit jadi mereka terpaksa pakaikan alat bantuan pernafasan. Sampai dia sembuh sebab bahagian badan dia semua habis terkena. Doktor bahagian kulit pula kata dia akan makan masa sikit kena beraya di hospital. Kulit dia habis semua melecur.
Sebelum jadi ni, semua dia sayang pipi aku. Dia peluk aku. Dia cium aku. Walaupun aku suka marah dia. Suka berleter dekat dia. Hari ni aku rindu dia sangat. Hanya tuhan yang tahu. Anak yang aku selalu dakap cium sayang tak ada sebelah aku. Semalam jenuh ayah Maryam pujuk. Pagi ni bangun dia tak ada sebelah aku pun aku sedih la Ya Allah. Hampir seminggu dia bagi tanda tanda yang nak jadi hari ni. Aku rindu senyum dia di pagi hari. Aku rindu suara dia Ibu nasi. Ibu nak nenen.
Tambah Fatimah, dia berasa salah dan cuai sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku. Sebagai seorang ibu, dia sangat sedih dan berharap anaknya itu segera pulih.
Sumber: Fatimah Mohtar